Upcoming Events

SWARA Kupas Isu Hubungan Toksik Dalam Program “He Said She Said” Pada 5 Mei

SWARA Kupas Isu Hubungan Toksik Dalam Program "He Said She Said" Pada 5 Mei

SWARA Kupas Isu Hubungan Toksik Dalam Program “He Said She Said” Pada 5 Mei

Anda mempunyai seorang pasangan. Dia baik dan sering memuji-muji anda. Satu hari dia bergaduh dengan anda dan memaki-maki anda. Kemudian dia berbaik. Kemudian bergaduh balik. Kemudian berbaik semula. Anda berharap dia akan berubah. Meskipun anda ingin meninggalkannya, anda mendapati diri anda kembali kepadanya kerana merinduinya dan selesa dengannya. Anda akhirnya mengalah untuknya supaya dia tidak menunjukkan emosi negatif.

Inilah adalah salah satu contoh hubungan toksik.

Gejala hubungan toksik merupakah satu isu yang kerap terjadi dalam hubungan peribadi kalangan belia yang tidak kerap dibincangkan dalam khalayak ramai.

SWARA (Sarawak Womankind Respect Association) dan Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (SMHA) bekerjasama untuk membincangkan gejala hubungan toksik ini pada 5 Mei dalam program “He Said She Said” untuk membincangkan perkara-perkara yang berlaku dalam perhubungan pada zaman moden dan kepentingan komunikasi yang sihat.

Orang ramai terutamanya remaja dan belia dialu-alukan untuk menghadiri sesi Q&A dalam perbincangan panel ini yang dikendalikan oleh Leelajini Paranjothy, pensyarah kanan UiTM Kota Samarahan, and Kelly Lee, seorang kaunselor dan pengasas Befrienders Kuching.

Acara-acara lain yang diadakan dalam program tersebut ialah spoken poetry, tayangan filem pendek dan persembahan muzik.

Butiran program “He Said She Said” adalah seperti berikut:
Tarikh: 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa: 3 petang – 7 malam
Tempat: The White Barouk, Kuching

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Aishah Chong (010-941 2007)
Anna Lim (010-217 3971)
Emel: swara.kch@gmail.com

SWARA terdiri daripada lima orang belia yang berkongsi minat yang mendalam untuk mendidik remaja dalam isu-isu memperkasakan wanita, hak manusia, kesamarataan, kesihatan mental dan perkembangan diri.

Untuk melihat program-program yang lain di Kuching, sila klik di pautan ini: Upcoming Events in Kuching

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami