Upcoming Events

Saksikan Pelawak Bertaraf Antarabangsa Harith Iskander LIVE in UNIMAS

h

Saksikan Pelawak Bertaraf Antarabangsa Harith Iskander LIVE in UNIMAS 

h

 

Sekiranya anda peminat Stand Up Comedian ,pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton Harith Iskander live in UNIMAS pada 30 Mac ini.

Harith Iskander merupakan pemenang anugerah manusia paling lawak di dunia yang dikelolakan oleh Laugh Factory dari Amerika Syarikat. Pada final untuk anugerah tersebut, beliau telah menewaskan pesaing dari Filipina, India dan juga Israel.

Tiket untuk Harith Iskander LIVE in UNIMAS amat berpatutan. Ianya cuma RM10 untuk pelajar UNIMAS dan RM 15 untuk orang awam dan juga staff UNIMAS.

Bagi warga UNIMAS, anda boleh mendapatkan tiket di PAVILION UNIMAS seperti jadual di bawah :

Isnin : (4pm – 9pm)
Selasa : (11am-2pm) & (5pm-9pm)
Wednesday  : (11am-2pm) & (5pm-9pm)
Khamis : (11am-2pm) & (5pm-9pm)
Jumaat : (11am-2pm) & (5pm-9pm)

Untuk orang awam pula anda boleh berhubung dengan :

Brenda (+6011-25107246)
Raihana (+6010-3196587)

Anda juga boleh ke laman facebook mereka : Harith Iskander Live in UNIMAS untuk mendapatkan lokasi terkini penjualan tiket mereka

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan disalurkan untuk Rumah Seri Kenanga, Kuching.

Rumah Seri Kenangan ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan. Kriteria kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut :-

– Daif dan berumur 55 – 60 tahun dan ke atas
– Tidak menghadapi penyakit berjangkit
– Tidak mempunyai keluarga atau penjaga
– Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
– Berupaya menjaga diri

Selamat berhibur dan juga beramal !

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami