Upcoming Events

Regatta Sarawak – Festival Waterfront Kuching Kembali Lagi Dari 10-19 November 2017

Regatta Sarawak – Festival Waterfront Kuching Kembali Lagi Dari 10-19 November 2017

Festival dan acara yang paling ditunggu tunggu oleh warga Sarawak setiap tahun semestinya adalah Regatta Sarawak. Tahun ini, Regatta Sarawak kembali lagi dengan Festival Waterfront Kuching dan akan diadakan dari 10 sehingga 19 November 2017.

Acara tahunan ini adalah satu keunikan yang terdapat di Sarawak dengan pelbagai jenis kategori dipertandingkan, dengan penyertaan agensi kerajaan, swasta dan juga pasukan dari negara jiran seperti Indonesia dan juga Brunei.

Regatta Sarawak - Festival Waterfront Kuching Kembali Lagi Dari 10-19 November 2017

Gambar : FB Regatta Sarawak

Sejarah Ringkas Regatta

Sejarah regatta bermula di Sarawak sejak tahun 1872 ketika era pemerintahan James Brooke untuk menghentikan perang saudara. James Brooke mengarahkan kesemua tribe yang bertelagah untuk membuktikan kekuatan mereka dengan berlumba dengan menggunakan perahu.

Perkara ini akhirnya berjaya mencetuskan keamanan di antara tribe di sepanjang Batang Rajang.

Regatta Sarawak 2017

Regatta Sarawak pada tahun ini akan diadakan bersama Festival Waterfront Kuching. Keseluruhan festival ini akan diadakan selama 10 hari dengan Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa akan memulakan festival pada 10 sehingga 12 November 2017.

Menarik lagi, Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa tahun ini akan disertai oleh pasukan dari pelbagai negara termasuklah Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, China, Hong Kong dan juga Australia.

Regatta Utama pula akan diadakan pada 17-19 November 2017 dan juara keseluruhan akan menjulang Piala Raja Sungai pada 19 November.

Regatta Sarawak - Festival Waterfront Kuching Kembali Lagi Dari 10-19 November 2017

Gambar : Sarawak Tourism

Wang tunai keseluruhan yang ditawarkan untuk regatta tahun ini adalah RM240 000 dan dipecahkan kepada 14 kategori.

Aktiviti Lain Sempena Regatta Sarawak – Karnival Waterfront Kuching 2017

Selain dari Regatta, terdapat juga aktiviti aktiviti yang lain seperti

  • Sarawak Kitchen ( 10-19 November )
  • Festival Jualan Usahawan
  • Jualan Kraftangan Malaysia

Lebih menarik lagi, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dijangkan menghadiri regatta pada 19 Nov

Bagi penduduk sekitar Kuching, anda disarankan untuk mengelakkan jalan yang menghala ke Waterfront Kuching. Jalan yang akan ditutup pada hari perasmian dan penutup Regatta Sarawak 2017 adalah :

  • Jalan dari Brooke Docyard ke Waterfront Kuching
  • Separuh Jalan di Main Bazaar juga akan ditutup untuk pameran dan juga jualan gerai.

Untuk mengelakkan dari kesesakan jalan raya, anda disarankan untuk mengelakkan jalan jalan tersebut dan meletakkan kereta di :

  • Saujana
  • Riverside
  • Topspot/UTC
  • Plaza Merdeka

Pelancaran Golden Bridge Kuching juga dijangka akan diadakan pada 11 November ini dan bagi anda yang tinggal di Petra Jaya, anda boleh tinggalkan kereta anda berhampiran dengan DUN Sarawak dan menggunakan Golden Bridge untuk menyeberang.

Baca juga : Golden Bridge Kuching Akan Dirasmikan Pada 11 November ini

 

 

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami