fbpx
Upcoming Events

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei
201 Shares

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Botol plastik dan bekas polisterin berlonggokan di pesisiran pantai.

Mungkin sukar dipercayai tapi inilah situasi yang menyedihkan di pantai Taman Negara Bako, taman negara yang tertua di Sarawak.

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Kredit: Zulhi Dobi

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Kredit: Zulhi Dobi

Melihat pencemaran pantai tersebut, pemandu bot pelancong ke Taman Negara Bako, Zulhi bin Dobi, telah melancarkan program bersihkan pantai di pantai taman negara tersebut.

Zulhi, 39 berkata beliau mengelolakan program ini setiap tahun bersama pemandu-pemandu bot lain.

“Tahun ini kami nak bawa pelawat pula [untuk bersihkan pantai],” katanya ketika dihubungi ilovekch.com.

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Kredit: Zulhi Dobi

Zulhi, yang bermula menjadi pemandu bot dari tahun 1997, berkata hanya kawasan pantai sahaja yang tercemar.

“Sampah dibawa oleh air pasang surut. Longgokan sampah ini berlaku apabila air pasang besar.”

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Kredit: Zulhi Dobi

Beliau yang berasal dari Kampung Bako, Kuching, berkata pihak dari Sarawak Forestry juga akan turut serta dalam program ini.

Mengenai sambutan pada hari bekerja, Zulhi berkata beliau memahami faktor bekerja pada tarikh program tersebut.

Beliau bercadang akan menjalankan satu lagi program bersihkan pantai pada hari minggu.

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Kredit: Zulhi Dobi

Kepada orang awam yang ingin menyertai program bersihkan pantai Taman Negara Bako pada minggu ini, butiran program seperti berikut:

Tarikh: 2, 3 dan 4 Mei 2018

Masa untuk peserta datang ke taman negara:

  • 7.30 – 8.30 pagi (pergi)
  • 2.00 petang – 2.30 petang (balik)

Bayaran: RM30 seorang (RM20 tambang bot + RM10 yuran kemasukan)

Syarat-syarat untuk mengikuti program ini:

  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja
  2. Peserta hendaklah mengutip sampah di sepanjang perjalanan mereka di Taman Negara Bako
  3. Bawa balik sampah tersebut di pejabat taman negara
  4. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan (jika ada) beserta gambar dan lokasi.

Untuk mendaftar, sila beri nama penuh setiap peserta dan tarikh kepada Encik Zulhi di talian 013-685 4292 atau 012-849 2090.

Moga para pelawat Taman Negara Bako sentiasa peka dengan isu kebersihan taman negara. Ingat! Kebersihan awam tanggungjawab bersama.

Pemandu Bot Lancarkan Program Bersihkan Pantai Taman Negara Bako 2-4 Mei

Kredit: Zulhi Dobi

201 Shares
Related posts
Upcoming Events

3 Event Gempak Yang Anda Harus Pergi Di Kuching Pada Bulan Julai 2019 Ini

Upcoming Events

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami