in

Muzik, Puisi Dan Buffet Cupcake: Nikmati Semuanya Di HAUS KCH Malam Ini

Muzik, Puisi & Buffet Cupcake: Nikmati Semuanya Di The Haus Kuching Malam Ini

Muzik, Puisi Dan Buffet Cupcake: Nikmati Semuanya Di HAUS KCH Malam Ini

Jika anda tercari-cari event malam Sabtu, buatkan temu janji anda pada malam ini di HAUS KCH.

Nikmati persembahan muzik dan puisi oleh warga Kuching sambil makan cupcake 12 flavour rekaan The Enchantress’ Cauldron di La[gula]gu – “Ear Candy” di HAUS KCH.

Butiran acara La[gula]gu – “Ear Candy”:

Tarikh: 14 April (Sabtu)
Masa: 7.30 malam – 10.30 malam

Yuran: RM25 seorang

Usahasama: Timbre, Wordsmiths of Kuching, The Enchantress’ Cauldron

Muzik, Puisi & Buffet Cupcake: Nikmati Semuanya Di The Haus Kuching Malam Ini
Kredit: HAUS KCH

Kenali artis-artis pada malam ini:

Hameer Zawawi 

Beliau menulis dan mempersembahkan lagu Indie Theatrical-Folk. Beliau telah membuat persembahan di festival muzik di sekitar Malaysia sebelum ke Eropah dan Amerika dengan album debutnya ‘National Fantasy’. Selepas mengeluarkan EP terbarunya ‘Plug Out The Machines’, Hameer dan rakan bandnya akan berada di Kuching, yang merupakan salah satu pit stop dalam jelajah Malaysia mereka.

Adruce Azman

Seorang penyanyi-penulis lagu genre blues yang pernah perform dalam band Sonar Instinct. Antara pengaruhnya ialah Beatles, Incubus, Chris Cornell, Jack White, dan John Mayer.

Nading Rhapsody 

Nama yang terkemuka di festival-festival muzik seantero Malaysia dan antarabangsa. Nading Rhapsody ialah sekumpulan 6 orang yang eksperimental, radikal dan provokatif yang membawa latar belakang dan budaya Sarawak mereka dalam sebuah fusion muzik yang unik seperti nyanyian rakyat, ritual chanting, lullabies, mitos dan cerita etnik.

Penyair yang akan berada di atas pentas malam ini ialah:

Maclean Patrick
Bethany Balan
Celine Tiang

Lofrine Jalin

Sambil-sambil dengar lagu dan puisi, korang bolehlah makan cupcake.

Pada malam ini The Enchantress’ Cauldron akan menyediakan 12 jenis flavour cupcake mereka yang paling popular.

Antaranya ialah pusuk goreng, gula apong dan Teh C Special. Ini buffet cupcake, so ambillah seberapa banyak yang maok makan!

Muzik, Puisi & Buffet Cupcake: Nikmati Semuanya Di The Haus Kuching Malam Ini
Kredit: HAUS KCH

Muzik, puisi dan cupcake – gandingan tiga benda yang paling best di dunia. So tunggu apa lagik, jumpa kitak orang malam tok di HAUS KCH!

Kalau sesat, nak tanya macam mana nak bayar, dan apa-apa soalan lah, sila hubungi Claire di talian 014-682 0761.

HAUS KCH

216, Jalan Capital Garden,

Jalan Tawi Sli, 93200 Kuching

HAUS KCH ialah hub komuniti kreatif yang menyediakan ruang untuk usaha kreatif di Kuching.

Muzik, Puisi & Buffet Cupcake: Nikmati Semuanya Di The Haus Kuching Malam Ini
Kredit: HAUS KCH
Longgokan Sampah Bertimbun Di Pandan Beach, Kumpulan Ini Tekad Bersihkan Pantai

Longgokan Sampah Bertimbun Di Pandan Beach, Kumpulan Ini Tekad Bersihkan Pantai

AEON Kuching Bakal Dibuka 20 April, Baucar RM30 Percuma Kepada 1,000 Pengunjung Pertama

AEON Kuching Bakal Dibuka 20 April, Baucar RM30 Percuma Kepada 1,000 Pengunjung Pertama