Upcoming Events

Longgokan Sampah Bertimbun Di Pandan Beach, Kumpulan Ini Tekad Bersihkan Pantai

Longgokan Sampah Bertimbun Di Pandan Beach, Kumpulan Ini Tekad Bersihkan Pantai

Longgokan Sampah Bertimbun Di Pandan Beach, Kumpulan Ini Tekad Bersihkan Pantai

Pantai memainkan peranan penting dalam hidupan kita.

Nak berseronok? Pergi pantai.

Ada sukaneka? Pergi pantai.

Nak buat sandcastle? Pergi pantai.

Putus cinta? Pergi pantai.

Namun aktiviti-aktiviti di atas terbatas apabila pembuangan sampah-sarap di persisiran pantai yang tidak terkawal berlaku. Yang sedihnya, pantai-pantai yang cantik dan sering dikunjungi di sekitar kawasan Lundu tercemar akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.

Terkini, keadaan Pandan Beach pada 6 April lalu kelihatan sangat kotor akibat pembuangan sisa oleh para pengunjung yang tiada kesedaran sivik.

Kredit: Sarawak Eco-Warriors

Kredit: Sarawak Eco-Warriors

Kredit: Sarawak Eco-Warriors

Menurut Mark Liao dari Sarawak Eco-Warriors, kumpulannya sering membuat kerja-kerja pembersihan pantai di Lundu setiap 1 hingga 2 bulan.

“Sebelum ini kami mengumpul 100 kg sampah, tapi itu ialah hasil kerja 10 hingga 17 orang dalam masa sejam,” katanya ketika ditemu bual oleh ilovekch.com.

“Keadaan di Pandan Beach amat teruk, jadi kami berharap dapat mencari 50 orang untuk mengumpul 400 kg sampah.”

Antara sampah-sampah yang paling kerap dijumpai di pantai ialah botol plastik, puntung rokok, bungkusan makanan, botol kaca dan jaring.

Selamatkan Pandan Beach

Kuching Beach Cleaners, Wildlife Conservation Society dan Sarawak Eco-Warriors akan sama-sama membersihkan Pandan Beach pada 14 April ini. Mereka memerlukan sukarelawan seramai 50 orang untuk mengumpul 400 kg sampah.

Longgokan Sampah Bertimbun Di Pandan Beach, Kumpulan Ini Tekad Bersihkan Pantai

Sekiranya anda ingin menyertai aktiviti pembersihan Pandan Beach, sila klik di pautan ini untuk mendaftar: Pandan Beach Clean Up Registration

Tarikh akhir pendaftaran: 13 April 2018 (Jumaat)

Tempat terhad di dalam bas yang disediakan, jadi first come, first served.

Related posts
Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Upcoming Events

Kalendar Cuti Panjang Di Sarawak Tahun 2019

Upcoming Events

Festival Fairy Light Akan Menjejakkan Kaki Ke Kuching Buat Kali Pertama

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami