Upcoming Events

Kelas Bahasa Inggeris Percuma Kini Dibuka Di Sarawak Plaza

Kelas Bahasa Inggeris Percuma Kini Dibuka Di Sarawak Plaza

Kelas Bahasa Inggeris percuma kini dibuka di Kuching! Yeay!

Kelas ini dianjurkan di bawah program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama SOLS 24/7 yang bertujuan menyediakan kursus bahasa Inggeris secara percuma kepada semua rakyat Malaysia tidak kira usia*, jantina dan bangsa.

(*15 tahun ke atas sahaja – nembiak sik boleh join sorry)

Terdapat 11 kursus yang ditawarkan kepada orang awam:

(A) Foundation English Courses / Kursus Asas

Kursus Asas sesuai untuk mereka yang ingin mempelajari asas bahasa Inggeris termasuk sebutan, tatabahasa, dan cara membina ayat.

  • Foundation English for Youth / Asas Bahasa Inggeris untuk Remaja
  • Foundation English for Vocational College / Asas Bahasa Inggeris untuk Kolej Vokasional
  • Foundation English for Adults / Asas Bahasa Inggeris untuk Dewasa
  • Foundation English for Entrepreneurs / Asas Bahasa Inggeris untuk Usahawan
  • Foundation English for Housewives / Asas Bahasa Inggeris untuk Surirumah

Nak tahu efektif tak Kursus Asas BI1M? Baca kisah bagaimana fasilitator BI1M Pairin Mingel berjaya mengajar seorang tauke restoran Kuching usia 55 tahun bertutur bahasa Inggeris.

Kelas Bahasa Inggeris Percuma Kini Dibuka Di Sarawak Plaza

Pairin Mingel, fasilitator BI1M di Kuching. Kredit: SOLS 24/7

(B) Communicative English Courses / Kursus Komunikatif

Kursus Komunikatif sesuai untuk mereka yang sudah menguasai asas bahasa Inggeris dan ingin memperbaiki bahasa Inggeris terutama dalam kerjaya.

  • Conversation & Confidence in English / Perbualan dan Keyakinan dalam Bahasa Inggeris
  • Public Speaking Skills / Kemahiran Pengucapan Awam
  • Email Writing Skills / Kemahiran Menulis Emel
  • Presentation Skills in English / Kemahiran Pembentangan dalam Bahasa Inggeris
  • Visual Presentation Design / Rekaan penyampaian secara visual
  • Comprehension Skills in English / Kemahiran Pemahaman dalam Bahasa Inggeris

Adakah anda selesa dengan kemahiran bahasa Inggeris anda? Ikuti kisah Ezanie bin Abdul Aziz walaupun sudah mahir berbahasa Inggeris namun masih mahu mengasah kemahiran pembentangannya di kelas BI1M.

 

Kelas Bahasa Inggeris Percuma Kini Dibuka Di Sarawak Plaza

Ezanie bin Abdul Aziz, bekas penyelia perkhidmatan pelanggan di Putra Hotels Kuala Lumpur dan pelajar di BI1M, Kedah. Kredit: SOLS 24/7

 

Foundation English for Teachers (*Khas untuk guru – 25 tempat duduk sahaja!)

Kursus ini sesuai untuk tenaga pengajar di sekolah dan universiti awam. Tak semestinya Cikgu Bahasa Inggeris ya! Contohnya jika anda mengajar Matematik tapi nak perbaiki cara mengajar dalam bahasa Inggeris, digalakkan mengambil kursus ini.

Terdapat 3 kursus tapi para guru hanya perlu mengambil 2 kursus: Kursus 1 & 3 atau Kursus 2 & 3.

  1. Foundation English
    Kursus Asas sama seperti Kursus Asas yang dinyatakan di (A) di atas.
  2. Training of Trainers (ToT)
    Kursus ini mengajar metodologi mengajar bahasa Inggeris menggunakan sistem BI1M.
  3. Google Training for Education
    Kursus ini mengajar guru cara menggunakan aplikasi Google untuk mengajar. Contoh: Google Docs, Google Forms, Google Slides, Google Classroom, dan sebagainya. Akan ada ujian di akhir kursus. Guru yang lulus ujian tersebut akan menerima sijil jurulatih dari Google, Google Certified Educator I.

Sebelum mengikuti kursus, guru akan dinilai melalui ujian penilaian kemasukan (entry assessment). Mereka yang memperoleh markah 80% ke atas akan mengambil Kursus 2 & 3. Mereka yang memperoleh markah 80% ke bawah akan mengambil Kursus 1 & 3.

 

Kelas Bahasa Inggeris Percuma Kini Dibuka Di Sarawak Plaza

Brosur Kursus Foundation English for Teachers.

Terma dan syarat (bagi Kursus Asas dan Kursus Komunikatif BI1M):

  • Maksimum kursus yang boleh didaftar ialah 2 kursus sahaja
    (1 Kursus Asas + 1 Komunikatif atau 2 Kursus Komunikatif)
  • Pelajar yang mendaftar harus hadir ke kelas sekurang-kurangya 60% daripada keseluruhan kehadiran bagi membolehkan mereka menamatkan kursus tersebut.
  • Dengan mengikuti program ini, anda telah menjadi sebahagian dari Kelab Sukarelawan Komuniti di bawah kelolaan NGOhub.asia.

Entry Assessment / Ujian Penilaian Kemasukan

Sebelum mengikuti kursus, setiap pelajar akan mengambil ujian penilaian kemasukan (entry assessment).

Bagi mereka yang mengambil Kursus Asas, ujian penilaian ini adalah hanya sebagai rujukan guru-guru anda untuk menilai tahap bahasa Inggeris anda.

Bagi mereka yang mengambil Kursus Komunikatif, ujian penilaian ini adalah untuk menguji anda terlebih dahulu. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya 60% untuk memasuki Kursus Komunikatif. Pelajar yang mendapat markah kurang daripada 60% digalakkan untuk memasuki Kursus Asas.

Kelas Bahasa Inggeris Percuma Kini Dibuka Di Sarawak Plaza

Soalan-soalan lazim (FAQ)

Boleh rujuk FAQ lain di sini : BI1M FAQ

Biar betul free? Ada hidden fee?
Aok kelas free lah tok. F-R-E-E. Percuma. RM0!

Bilakah kelas BI1M di Kuching ini diadakan?
Kelas BI1M kini sedang berlangsung dari Julai hingga Oktober 2017. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus tersebut akan menerima sijil dari Kementerian Kewangan.

Kamek sikda di Kuching 🙁 Ada sik kelas BI1M di tempat lain di Sarawak?
Maaf, buat masa sekarang Pusat BI1M di Sarawak hanyalah di Tingkat 1, Sarawak Plaza, Kuching.

Jika anda berada di negeri lain, sila cari Pusat BI1M terdekat di pautan ini : BI1M Location

Umur kamek dah 50 tahun. Boleh sik join tok?
Bolehhh. Had umur ialah 15 tahun ke atas.

Bah! Gine maok join kelas BI1M tok?
Mula-mula, download borang pendaftaran di sini : Ya, saya nak join BI1M!

(Nota: Bagi kursus Foundation English for Teachers, anda boleh dapatkan borang pendaftaran di Pusat BI1M Kuching).

Selepas isi borang, sila bawa tiga (3) dokumen berikut ke Pusat BI1M Kuching:

  1. Borang pendaftaran yang lengkap diisi
  2. Salinan (photocopy) MyKad/MyKid
  3. Salinan asal (original) MyKad/MyKid untuk tujuan verifikasi

Sine Pusat BI1M Kuching?

Alamat: Tingkat 1, Sarawak Plaza, Jalan Tunku Abdul Rahman (Belakang kedei Watsons)

Waktu operasi:
Isnin – Jumaat : 11:00am – 9:00pm
Sabtu – Ahad : 11:00am – 4:00pm

 

Seranto-ranto Malaysia tengah polah kelas free tok. Kerajaan nang serius mok tingkatkan kualiti bahasa Inggeris orang Malaysia baik di bandar mahupun di luar bandar.

Jadi jangan lepaskan peluang percuma ini. Ruang adalah amat terhad! Sila daftar secepat mungkin (first come, first served basis).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Aden (013-565 9368)
Arina (019-879 7481)

 

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami