in

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Bulan Januari 2018 ini meriah dengan beberapa acara yang menarik di Kuching, terutamanya dari scene muzik dan seni. Minggu ini terdapat 3 event yang sangat menarik di Kuching yang kami ingin kongsikan bersama anda semua.

1. Noise Of Borneo

Jika anda peminat muzik, anda pasti tidak boleh melepaskan Konsert Noise Of Borneo ini. 18 buah band akan melakukan persembahan di konsert yang akan berlangsung di Borneo744 ini.

Borneo744 adalah Bandar Usahawan yang pertama di Malaysia dan kini diuruskan oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Untuk mendapatkan tiket, anda boleh dapatkan tiket di lokasi di bawah :

1. Sanjuro Cafe Jalan Padungan

 

2. Kelas Pengenalan Alat Muzik Sape

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Sebelum ini, kami pernah menerbitkan satu artikel mengenai kelas sape yang dianjurkan oleh The Tuyang Initiative dan Mathew Ngau Jau.

Anda boleh membaca artikel tersebut di sini : Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Mathew Ngau Jau merupakan ‘Sape Master’ yang telah diiktiraf sebagai WARISAN KEBANGSAAN ORANG HIDUP atau ‘ Living National Heritage ‘ oleh Kerajaan Malaysia semenjak tahun 2015. Ianya adalah merupakan pengiktirafan tertinggi berdasarkan latar belakang kemahiran dan ketokohan dalam bidang seni budaya. Setakat ini hanya terdapat 5 individu yang mendapat pengiktirafan ini di Malaysia dan Mathew Ngau Jau adalah salah seorang daripada individu tersebut.

3. Past and Present History Of Sarawak

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Bagi anda yang ingin mendengar kisah sejarah Sarawak dari seorang pemandu pelancong yang berpengalaman pula, anda boleh hadir ke Museum Shop and Cafe.

Edward Mansei akan berkongsi kepada anda mengenai sejarah Sarawak bermula dari Zaman Kesultanan Brunei sehinggalah kepada pembentukan Malaysia.

 

Facebook Comments
Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini