Upcoming Events

Hadir Ke Sembang Geran KCH Jika Nak Tahu Cara Dapat Geran RM500k

Hadir Ke Sembang Geran KCH Jika Nak Tahu Cara Dapat Geran RM500k

Hadir Ke Sembang Geran KCH Jika Nak Tahu Cara Dapat Geran RM500k

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta sehingga tahun 2017. Sehingga Siri 1 2016, sebanyak RM50 juta dana SUPERB telah diluluskan.

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Hadir Ke Sembang Geran KCH Jika Nak Tahu Cara Dapat Geran RM500k

Bagi anda yang ingin mengetahui cara cara dan juga tips untuk memohon geran Teraju Superb sebanyak RM500 ribu ini, anda boleh hadir ke Borneo744 pada 7 Julai 2017 bermula pada pukul 2 petang. Aturcara program adalah seperti berikut :

1.45 PM – 2.00 PM : Ketibaan Jemputan dan Panelist
2.00 PM – 2.40 PM : Taklimat dan Penerangan Geran TERAJU SUPERB Oleh Pegawai TERAJU
2.40 PM – 3.20 PM : Sesi Bagaimana Hendak Pitch Perniagaan Anda bersama INSKEN Bizkaunselor
3.20 PM – 3.50 PM : Sesi Perkongsian Tips dan Pengalaman Permohonan Geran TERAJU SUPERB Oleh Pemohon Yang Telah Berjaya
3.50 PM – 5.00 PM : Sesi Q&A Untuk Bertanya Soalan
5.00 PM : Sesi Tamat

Bagi anda yang ingin hadir ke sesi sembang geran ini, anda boleh daftar di pautan di bawah :

Jom Pergi Sembang Geran Teraju Superb KCH

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami