in

Festival Fairy Light Akan Menjejakkan Kaki Ke Kuching Buat Kali Pertama

Festival Fairy Light Akan Menjejakkan Kaki Ke Kuching Buat Kali Pertama

Festival Fairy Light Akan Menjejakkan Kaki Ke Kuching Buat Kali Pertama

Berita baik buat warga Bandaraya Kuching yang inginkan gambar-gambar instaworthy , Kuching Fairy Light Festival akan diadakan mulai 25 Januari 2019 di Metrocity, Matang dari pukul 6 petang hingga 11.30 malam.

Kuching Fairy Light Festival yang julung kali diadakan ini akan membawa pengalaman lain daripada yang lain di mana pengunjung berpeluang menyaksikan festival of lights, mengambil selfies dan macam-macam lagi di sekitar tapak Kuching Fairy Light Festival ini seperti Time Machine Tunnel, Eiffel Tower, Flower of Lights dan Moon for Lovers.

Pesta makanan juga akan diadakan pada masa yang sama, di mana terdapat 100 vendor makanan serta food truck akan berada di tapak tersebut. Pihak pengunjur iaitu Best Event Management juga sedang mencari vendor-vendor yang berminat.

Pastinya banyak gambar yang menarik dapat diambil di sini nanti!

Anda juga berpeluang bergambar dengan scuplture menarik yang direka khas untuk anda.

Jika anda sudah lama teringin nak pergi ke Fairy Light Festival yang sebelum ini hanya terdapat di bandar-bandar lain, jangan lupa untuk melawat Kuching Fairy Light Festival di Metrocity ini nanti!

Kuching Fairy Light Festival
Yuran masuk ke Light Festival: RM5 (Tiada yuran masuk ke pesta makanan)
Tarikh: Mulai 25 Januari 2019
Masa: 6 petang – 11:30 malam

Bagi mereka yang berminat untuk menyewa booth untuk food fair bolehlah menghubungi pihak Fairy Light Festival di nombor-nombor yang tertera:
Gabriel – 016-899 0713
Darren – 016-862 6773
Jackie – 016-872 6673
Vin – 017-898 9827

Baca juga : 3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Baca lagi : Jambatan Temburong Kemegahan Kejuruteraan Agung Borneo