in

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk tujuan pembelajaran

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Sains dan Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Manusia secara lahiriah nya mempunyai naluri dan keinginan untuk mempertingkatkan taraf hidup dan pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia untuk mencapai matlamat tersebut.

Sains dan teknologi juga telah banyak membantu memajukan negara. Pelbagai ciptaan sains diselidik, direka dan digunapakai dalam pelbagai sektor untuk membantu dan memudahkan kita.

Dengan dunia yang kini mengarah kepada revolusi industri 4.0, sains dan teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut.

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Sempena Sarawak Career and Training 2018, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak ( TEGAS ) akan mengadakan STEM Playground di mana 18 buah organisasi akan menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan dengan STEM. Terdapat aktiviti di mana pengunjung akan berpeluang untuk belajar bagaimana menggunakan robot, coding, merasai pengalaman virtual reality3d printing dan pelbagai lagi aktiviti yang sangat menarik dan boleh menarik minat anda kepada sains dan teknologi.

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

STEMplayground 2018 akan diadakan pada 9-11 Mac ini di Borneo Convention Centre Kuching bermula dari pukul 10 pagi setiap hari.Bertemakan discover,create, innovate ianya akan memberi anda pendedahan kepada dunia sains, teknologi, kejuruteraan dan juga matematik.

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

18 buah organisasi yang akan terlibat dengan STEMPlayground terdiri daripada nama nama besar seperti Petronas, Shell, Planetarium Sultan Iskandar, Malaysian Digital Economy Corporation, Chumbaka, Codelab dan banyak lagi. Terdapat 24 buah booth disediakan untuk STEMplayground kali ini. Aktiviti aktiviti yang ditawarkan pula adalah seperti gambar gambar di bawah :

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Dedahkan Anak Anda Dengan Sains & Teknologi Di STEMPlayground 2018

Terdapat juga pelbagai pertunjukan yang akan diadakan oleh Petrosains di atas pentas utama STEMplayground. Selain daripada itu, final pitch HackWeekend KCH juga akan diadakan pada hari Sabtu di mana 11 buah pasukan akan membentangkan idea teknologi berkaitan dengan pertanian.

GRAB juga menawarkan diskaun sebanyak RM5 bagi mereka yang menggunakan servis mereka untuk ke Borneo Convention Centre Kuching pada 9-11 Mac ini.

Jadi, jangan lupa untuk bawa anak anak anda ke STEMplayground pada hujung minggu ini.

Jadi, jangan lupa untuk ke STEMplayground 2018 yang akan bermula pada esok hari. Anda juga boleh mendaftar secara di atas talian di pautan berikut : stemplayground.eventbrite.com

 

Leave a Reply

Loading…

Rethinking The Future for Sarawak’s Freelancers

Mok Tiket Nangga Harith Iskander Live In Kuching Secara Free? Tok Caranya

Mok Tiket Nangga Harith Iskander Live In Kuching Secara Free? Tok Caranya