in

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

Sokonglah Sarawak Children’s Cancer Society Di #GoBald10

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser
Kredit: Go Bald

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

Botakkan kepala untuk bantu pesakit kanser. Itulah konsep Go Bald anjuran Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS) yang akan dilangsungkan untuk kali ke-10 pada tahun 2018.

Sepanjang bulan Mei, SCCS akan menganjurkan program Go Bald di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri untuk memberi sokongan padu kepada kanak-kanak yang menghidapi kanser.

Dana yang dikumpul melalui Go Bald akan disalurkan kepada SCCS.

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser
Kredit: Go Bald

Ingin sertai kempen Go Bald pada tahun ini?

Butiran acara Go Bald di empat lokasi di Sarawak adalah seperti berikut:

1. Go Bald Kuching
CityOne MegaMall, Ground Floor, Stage Area
6 Mei 2018 (Ahad)
Bermula 12 tengahari

Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldKuching2018:

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

2. Go Bald Miri
Permaisuri Imperial City Mall
13 Mei 2018 (Ahad)
Bermula 12 tengahari

Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldMiri2018:

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

3. Go Bald Sibu
Delta Mall
20 Mei 2018 (Ahad)
11 pagi – 2 petang

Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldSibu2018:

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

4. Go Bald Bintulu
Times Square Megamall
27 Mei 2018 (Ahad)
11 pagi – 2 petang

Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldBintulu2018:

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

Ingin mencukur rambut untuk Go Bald?

Berikut ialah langkah-langkah menyertai Go Bald dalam kategori individu:

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser
Kredit: Go Bald

Langkah 1: Ambil pledge card dari lokasi-lokasi seperti yang tertera di atas.

Langkah 2: Kumpul dana dari keluarga dan rakan untuk menyokong anda menyertai Go Bald.
Kumpul dana online: Buka akaun di peoplegiving.org, pilih SCCS sebagai penerima (beneficiary) dan letakkan Go Bald sebagai nama projek anda.
Derma melalui tunai/cek: Derma yang melebihi RM500 haruslah dibuat melalui cek ke Sarawak Children’s Cancer Society.
Derma melalui bank transfer: Simpan salinan slip bank bersama pledge card anda dan butiran pemberi derma. Derma boleh disalur kepada 
Sarawak Children’s Cancer Society di 56125-70008-58 (akaun Maybank).

Langkah 3: Kembalikan pledge card ke kaunter Go Bald di lokasi-lokasi seperti yang tertera di atas. Daftarkan diri anda sebagai ‘shavee’ (cukur rambut) dan ambilkan resit dan pas cukur (shaving pass) anda.

Minimum derma RM50 diperlukan untuk mendaftarkan diri anda sebagai ‘shavee’.

Langkah 4: Bawa pas cukur anda, datang pada masa yang dijanjikan dan Go Bald!

Untuk maklumat lanjut tentang program Go Bald di setiap lokasi di Sarawak, klik di pautan ini : Go Bald Event Info

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sarawak Children’s Cancer Society:
Tel: 082-686276
E-mel: gobald@sccs.org.my
Laman web: sccs.org.my
Facebook: Go Bald

 

Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser
Kredit: Go Bald

Leave a Reply

Loading…

Sik Sabar Nak Election? Ini Senarai Calon Ahli Parlimen Barisan Nasional Sarawak

MAMA Q, Restoran Buffet BBQ Yang Terhangat Di Kuching

MAMA Q, Restoran Buffet BBQ Yang Terhangat Di Kuching