Upcoming Events

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Satu-satunya festival yang ditunggu-ditunggu oleh warga Kuching setiap tahun, Kuching Festival 2017 kali ini kembali dengan aktiviti-aktiviti yang gempak. Berikut ialah 6 acara highlights yang anda perlu kunjungi tahun ini:

1. Kuching Festival Fair
Hobi favourite masyarakat Kuching ialah makan. Jadi memang tidak sah Kuching Festival tanpa pesta makanan. Tahun lepas kita ada makanan yang kreatif seperti ais krim goreng, susu goreng, nasi lemak ice cream dan poop ice cream. Adakah tahun ini kita akan lihat lebih banyak makanan yang pelik? There’s only one way to find out: datanglah ramai-ramai ke Kuching Festival Fair!

Tarikh: 28 Julai – 20 Ogos 2017
Masa: 6:00pm – 11:00pm
Tempat: Dewan Masyarakat, Jalan Padungan

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Kredit: Chimon Upon/The Borneo Post

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Nasi lemak ice cream. Siapa sempat try sekerem nasi lemak tahun 2016 tek? Kredit: themakanpost.blogspot.my

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Makanan paling gempak tahun 2016 – poop ice cream. Siapa berani makan sekerem warna coklat tahun ya tek? Kredit: themakanpost.blogspot.my

2. International Friendship Cities Night
Saksikan persembahan kebudayaan yang unik dari MBKS Friendship Cities iaitu dari bandaraya-bandaraya dari China, Korea Selatan dan Jepun.

Tarikh: 28 Julai – 30 Julai 2017
Masa: 6:00pm – 11:00pm
Tempat: Open Stage, Kuching Park, Jalan Padungan

Mungkin tariannya kedak dalam video tok. Sik sure juak kamek orang koh
(Disclaimer: Video sekadar imaginasi)

3. Kuching’s Got Talent
Saksikan bakat-bakat hebat orang Kuching di Kuching’s Got Talent! Apakah aksi-aksi menarik yang akan kita tonton pada kali ini? Kita tunggu dan lihat!

Tarikh: 5 – 6 Ogos 2017 (Suku Akhir), 19 Ogos 2017 (Akhir)
Masa: 7:00pm
Tempat: Open Stage, Kuching Park, Jalan Padungan

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Julisha Jeraie, juara kategori nyanyian Kuching’s Got Talent 2016, menambat hati orang ramai dengan sebuah dendangan lagu Cina. Kredit: seeds.theborneopost.com

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Kumpulan tarian VXH menjadi juara untuk kategori tarian di Kuching’s Got Talent 2016. Kredit: seeds.theborneopost.com

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Juara Kuching’s Got Talent 2016 dalam kategori ‘Lain-lain’, Low Fai Jing. Kredit: seeds.theborneopost.com

4. Garden Show
Susunan pokok bunga, daun-daun, pondok, air terjun, dan lampu-lampu cantik…jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di pameran landskap tercantik di Kuching. Sesuai untuk dating atau wefie bersama kawan dan family.

Tarikh: 28 Julai – 20 Ogos 2017
Masa: 6:00pm – 11:00pm
Tempat: Kuching Park, Jalan Padungan (adjacent to Open Stage)

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Pintu masuk ke Garden Show yang lalu pada tahun 2015. Kredit: emily2u.com


5. Kuching Zumba Fiesta
Selepas puas makan di stall-stall Kuching Festival Fair, bolehlah bakar lemak dengan menyertai Zumba Fiesta! Sila download borang penyertaan di sini : Borang Penyertaan Zumba Fiesta 2017

Tarikh: 18 Ogos 2017
Masa: 8:00pm+
Tempat: State Hockey Stadium, Jalan Padungan
Nak tengok betapa besarnya event zumba ini? Saksi video dari tahun 2016 di bawah :

6. Mayor’s Walk (5km)
Event finale untuk Kuching Festival 2017 ialah Mayor’s Walk sejauh 5km. (Aktiviti bakar lemak agik. Bayangkan dari 28 Julai sampe 20 Ogos makan jak kerja. MBKS sayang kita, nya suruh kita jaga badan bah.)

 

Tarikh: 20 Ogos 2017
Masa: 7:00am
Tempat: MBKS Foyer

Berikut ialah route untuk Mayor’s Walk:

6 Acara Menarik Anda Wajib Kunjungi Di Kuching Festival 2017

Kuching Festival anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan adalah untuk memperingati peristiwa Kuching dinaiktarafkan statusnya sebagai sebuah bandaraya pada 1 Ogos 1988. Sama-sama kita raikan ulang tahun Kuching sebagai bandaraya yang ke-29. Jumpa anda di Kuching Festival 2017!

Untuk melihat kesemua 15 acara yang diadakan sepanjang Kuching Festival 2017, sila rujuk pada laman web rasmi MBKS.

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami