Upcoming Events

5 Aktiviti Hari Bandaraya Kuching ke-29 Dari Ogos Hingga Disember 2017

5 Aktiviti Yang Menanti Anda Sempena Kuching City Day 2017

Bertemakan “Unity in Diversity”, sambutan Kuching City Day atau Hari Bandaraya Kuching yang ke-29 ialah satu siri aktiviti menarik yang akan diadakan sehingga bulan Disember. Berikut ialah 5 aktiviti yang menanti anda sempena Hari Bandaraya Kuching Ke-29:

1. Perasmian Hari Bandaraya Ke-29
Penyanyi kebanggaan Sarawak, Dayang Nurfaizah akan menghiburkan para hadirin di majlis perasmian. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti alat penghawa dingin, peti sejuk, kipas angin, televisyen dan telefon bimbit.

Tarikh: 1 Ogos 2017 (Selasa)
Masa: 9:00 am
Tempat: Stadium Perpaduan, Jalan Stadium, Kuching

Teaser untuk Majlis Perasmian Hari Bandaraya Kuching ke-29 :

#TeaserMAJLIS PERASMIAN HARI BANDARAYA KUCHING KE-29.1 Ogos 2017 (Selasa) | 9:00 Pagi | Stadium Perpaduan, Jalan Stadium, Kuching.SEMUA DIJEMPUT HADIR!.#KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak #Malaysia

Posted by Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) on Sunday, July 30, 2017

 

2. Konsert Mini Dengan Tampilan Akim & The Majistret
Bagi memeriahkan Kuching City Street Parade, sebuah konsert mini akan diadakan terlebih dahulu pada sebelah petang yang menampilkan Akim & The Majistret.

Tarikh: 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: 4:00 pm – 6:00 pm
Tempat: Godown Amphitheater, Kuching Waterfront

5 Aktiviti Yang Menanti Anda Sempena Hari Bandaraya Kuching Ke-29

Saksikan Akim & The Majistret di Kuching Waterfront 12 Ogos ini!

 

3. Kuching City Street Parade
Pastinya event kegemaran warga Kuching sejak dahulu lagi! Kuching City Street Parade pada tahun ini akan disertai oleh 41 kontijen yang akan berarak di sekitar bandaraya Kuching dan menampilkan kepelbagaian budaya orang Sarawak. Sebagai penutupan majlis pada malam tersebut, warga kota juga akan berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api.

Tarikh: 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: Bermula 6:30 pm
Tempat: Perarakan akan bermula dari Travilion Commercial Centre – Jalan Padungan – Jalan Petanak – Grand Stand di hadapan Hotel Hilton, Kuching Waterfront – berakhir di Jalan Tun Abang Haji Openg (melalui Pejabat Pos Kuching dan Plaza Merdeka)

Untuk keterangan lanjut mengenai Kuching City Street Parade, sila hubungi Encik Fleming Michael (012-776 0911) atau Puan Naimah Ghazali (011-2511 2720).

5 Aktiviti Yang Menanti Anda Sempena Hari Bandaraya Kuching Ke-29

Berhujan pun masih senyum! Kredit: Sarawak Tourism Board

4. Ride for Unity & Peace
Jom berbasikal sambil beramal! Peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana mereka akan berkayuh sejauh 40 km sambil melawat 5 rumah kebajikan dan melakukan kerja-kerja amal di sana.

5 lokasi yang akan dilawati ialah Lions Nursing Home di Jalan Stutong, Salvation Army (Boys) di Jalan Ban Hock, Cheshire Home & Blind Centre di Jalan Ong Tiang Swee, Salvation Army (Girls & Children’s Home) di Jalan Ong Tiang Swee, dan Rumah Anak Yatim Laila Taib di Jalan Sultan Tengah.

Tarikh: 16 September 2017 (Sabtu)
Masa: 7:00 am
Tempat: Kompleks Sukan Negeri Sarawak

Kategori:
Fun Ride: 40km
Family Ride: 6km

Yuran: (Termasuk baju + medal + jamuan)
RM60 (sehingga 28 Ogos 2017)
RM80 (bermula 29 Ogos 2017)

Race pack collection:
Tarikh: 13 – 15 September 2017
Masa: 3:00 pm – 9:00 pm
Tempat: Lobi Bangunan Kompleks Islam Sarawak, Jalan P Ramlee

Klik di pautan ini untuk borang pendaftraran : Borang Pendaftaran Ride for Unity & Peace

Borang pendaftaran juga boleh didapati di semua Kaunter Pembayaran DBKU.

5 Aktiviti Yang Menanti Anda Sempena Kuching City Day 2017

(Empat dari kanan) Datuk bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai bersama wakil-wakil penganjur. Kredit: The Borneo Post

5. DBKU Criterium Race 1.0
Sertai acara berbasikal terbesar di Kuching! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kejohanan berbasikal anjuran DBKU yang julung kalinya diadakan pada tahun 2017. Hadiah lumayan menanti anda.

Tarikh: 17 September 2017 (Ahad)
Masa: 7:00 am
Tempat: Kompleks Sukan Negeri Sarawak

Yuran:
RM90 (sehingga 28 Ogos 2017)
RM100 (bermula 29 Ogos 2017)
RM20 bagi setiap kategori tambahan

6 kategori akan dipertandingkan iaitu:

  • Tertutup Sarawak
  • Remaja Lelaki (20 Tahun ke bawah)
  • Veteran (40 tahun ke atas
  • Basikal Bukit (MTB)
  • Terbuka
  • All Stars (50 Tahun ke atas)

Klik di pautan ini untuk borang pendaftraran : Borang Pendaftaran Criterium Race 1.0

Borang pendaftaran juga boleh didapati di semua Kaunter Pembayaran DBKU.

5 Aktiviti Yang Menanti Anda Sempena Kuching City Day 2017

 

Berikut ialah acara-acara menarik yang menanti anda sehingga akhir tahun:

5 Aktiviti Yang Menanti Anda Sempena Kuching City Day 2017

Kalendar Aktiviti Pesta Kuching DBKU 2017

Untuk keterangan lanjut, sila lawati Facebook page DBKU atau hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-446688.

Related posts
Upcoming Events

Ekspo Perfect Livin Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% menanti

Upcoming Events

Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

Upcoming Events

Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac

Upcoming Events

Kunjungi Fantasy Lighting Festival Di Saradise BDC, Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami