Jom Layan Layang-Layang Di Kabong International Kite Festival 8-11 Mac
Menghiasi ruang udara Pantai Tanjung Kembang pada bulan Mac ini ialah layang-layang pelbagai saiz, warna dan bentuk.
Kabong International Kite Festival (Pesta Layang-layang Antarabangsa Kabong) sekali lagi menjadi fokus di Kabong dan bakal diadakan di Pantai Tanjung Kembang, Kabong, dari 8-11 Mac.

Pada tahun ini, pesta ini menarik perhatian 29 buah negara yang bakal bertanding.
Sepanjang pantai ini akan ada pertandingan layang-layang selain pameran barangan tempatan, pertandingan tarik tali, bike autoshow, karaoke dan pesta malam.
Saksikan keindahan Pantai Tanjung Kembang dan sambutan Kabong International Kite Festival 2018 dalam video ini:
Paparan video dan gambar pantai di Kabong tidak dapat menggambarkan keindahan sebenar persekitaran Kabong.
Pesta layang-layang ini bertujuan untuk mempromosi warisan layang-layang serta pantai Kabong yang indah.
Sokonglah warisan layang-layang dan penduduk Kabong dengan mengajak rakan dan keluarga anda untuk ‘turun padang’ dan rancangkan perjalanan anda ke Kabong pada bulan Mac ini.

Di sini kami ingin mengingatkan sesiapa yang akan menjenguk Kabong supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di sepanjang persisiran Pantai Tanjung Kembang, Kabong di mana pesta layang-layang akan diadakan.

Seperti yang anda mungkin telah baca, kami amat menyesali dengan perbuatan sesetengah orang awam yang tidak bertanggungjawab di Pantai Telok Melano setelah jalan raya ke Telok Melano dibuka kepada orang awam pada awal tahun ini. Baca: Baru Dibuka Kepada Orang Awam, Pantai Telok Melano Kini Menjadi Pantai Telok Sampah
Oleh itu, kami berharap pesta layang-layang di Kabong berjalan dengan lancar.
