fbpx
More

    Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

    Elak Kanser Prostat Dengan Konsultasi Percuma Di Kuching

    Jika anda seorang lelaki yang berusia 45 tahun ke atas dan mengalami masalah kencing seperti sakit atau pedih semasa buang air kecil, kerap kencing waktu malam, aliran air kencing yang tidak lancar, darah dalam air kencing, anda dialu-alukan untuk mendapatkan konsultasi percuma dari pakar pada hujung minggu ini.

    Jabatan Urologi Hospital Umum Sarawak akan mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Prostat
    (Prostate Awareness Campaign) pada 6 dan 7 April (Sabtu dan Ahad) di Vivacity Mall.

    Hadirilah kempen tersebut untuk konsultasi percuma dari doktor, mendengar ceramah tentang kesihatan prostat dan mendengar perkongsian pengalaman dari pesakit kanser prostat.

    Sepanjang kempen ini anda akan dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan istimewa oleh Kuching Youth Jam, cabutan bertuah dan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah.

    Pada 20 April (Sabtu), Kempen Kesedaran Kanser Prostat akan diteruskan di Klinik Pakar Sakit Puan (Ginekologi) Hospital Umum Sarawak dan melibatkan konsultasi percuma, pemeriksaan teliti, ujian darah, ujian kencing dan ultrasound. Hadirin digalakkan untuk datang awal untuk mengelakkan kekecewaan.

    Agenda Program 6 April 2019
    10am : Konsultasi dan pemeriksaan percuma
    12.30pm : Majlis perasmian
    1.30pm : Persembahan
    1.45pm : Get moving! Resistance exercise for prostate patients
    2pm : Ceramah kesedaran kanser prostat
    2.30pm : Sesi untuk kanak-kanak: Balloon-twisting session
    3pm : Konsultasi dan pemeriksaan percuma
    5pm : Permainan/cabutan bertuah
    6pm : Tamat

    Agenda Program 7 April 2019
    10am : Konsultasi dan pemeriksaan percuma
    12.30pm : Sesi perkongsian pengalaman pesakit kanser prostat
    1.30pm : Persembahan
    1.45pm : Get moving! Resistance exercise for prostate patients
    2pm : Ceramah kesedaran kanser prostat
    2.30pm : Sesi untuk kanak-kanak: Balloon-twisting session
    3pm : Konsultasi dan pemeriksaan percuma
    5pm : Permainan/cabutan bertuah
    6pm : Majlis penutupan dengan persembahan oleh US Pacific Fleet Band

    Kempen Kesedaran Kanser Prostat

    Tarikh: 6 dan 7 April 2019
    Tempat: Vivacity Mall, Aras Bawah
    Masa: 10 pagi – 6 petang

    Tarikh: 20 April 2019
    Tempat: Klinik Pakar Sakit Puan (Ginekologi) Hospital Umum Sarawak
    Masa: 9 pagi – 5 petang

    Artikel Berkaitan