fbpx
More

    Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

    Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

    Botakkan kepala untuk bantu pesakit kanser. Itulah konsep Go Bald anjuran Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS) yang akan dilangsungkan untuk kali ke-11 pada tahun 2019.

    Sepanjang bulan Mei, SCCS akan menganjurkan program Go Bald di Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching untuk memberi sokongan padu kepada kanak-kanak yang menghidapi kanser.

    Dana yang dikumpul melalui Go Bald akan disalurkan kepada SCCS.

     

    Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser

    Ingin sertai kempen Go Bald pada tahun ini?

    Butiran acara Go Bald di empat lokasi di Sarawak adalah seperti berikut:

    1. Go Bald Miri
    Permaisuri Imperial City Mall
    5 Mei 2019 (Ahad)
    11 pagi – 3 petang

    Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldMiri2019:

    2. Go Bald Bintulu
    The Spring Bintulu
    12 Mei 2019 (Ahad)
    12 tengahari – 3 petang

    Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldBintulu2019:

    3. Go Bald Sibu
    Delta Mall
    19 Mei 2019 (Ahad)
    11 pagi – 3 petang

    Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldSibu2019:

    4. Go Bald Kuching
    Vivacity Megamall, East Atrium of Ground Floor, Stage Area
    26 Mei 2019 (Ahad)
    11 pagi – 4 petang

    Kumpul dana dengan Go Bald Pledge Card dan tempah slot mencukur rambut di #GoBaldKuching2019:

    Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser
    Kredit: Go Bald

    Ingin mencukur rambut untuk Go Bald?

    Berikut ialah langkah-langkah menyertai Go Bald dalam kategori individu:

    Botakkan Kepala Untuk Bantu Kanak-kanak Menghidap Kanser
    Kredit: Go Bald

    Langkah 1: Ambil pledge card dari lokasi-lokasi seperti yang tertera di atas.

    Langkah 2: Kumpul dana dari keluarga dan rakan untuk menyokong anda menyertai Go Bald.
    Kumpul dana online: Buka akaun di simplygiving.org, pilih SCCS sebagai penerima (beneficiary) dan letakkan Go Bald sebagai nama projek anda.
    Derma melalui tunai/cek: Derma yang melebihi RM500 digalakkan untuk disalurkan melalui cek ke Sarawak Children’s Cancer Society.
    Derma melalui bank transfer: Simpan salinan slip bank bersama pledge card anda dan butiran pemberi derma. Derma boleh disalur kepada Sarawak Children’s Cancer Society di 56125-70008-58 (akaun Maybank).

    Langkah 3: Kembalikan pledge card ke kaunter Go Bald di lokasi-lokasi seperti yang tertera di atas. Daftarkan diri anda sebagai ‘shavee’ (cukur rambut) dan ambilkan resit dan pas cukur (shaving pass) anda.

    Minimum derma RM50 diperlukan untuk mendaftarkan diri anda sebagai ‘shavee’.

    Langkah 4: Bawa pas cukur anda, datang pada masa yang dijanjikan dan Go Bald!

    Untuk maklumat lanjut tentang program Go Bald di setiap lokasi di Sarawak, klik di pautan ini : Go Bald Event Info

    Sebarang pertanyaan sila hubungi Sarawak Children’s Cancer Society:
    Tel: 082-686276
    E-mel: gobald@sccs.org.my
    Laman web: sccs.org.my
    Facebook: Go Bald

    Artikel Berkaitan