3 Event Gempak Yang Anda Harus Pergi Di Kuching Pada Bulan Julai 2019 Ini
Bulan Julai setiap tahun sememangnya merupakan antara bulan yang paling meriah di Sarawak dengan pelbagai acara dan aktiviti yang diadakan. Di Bandaraya Kuching misalnya, terdapat banyak acara dan aktiviti menarik yang anda harus pergi.
Dalam artikel ringkas kali ini, kami sertakan 3 event gempak yang anda harus pergi di Kuching pada bulan Julai 2019 ini.
Rainforest Fringe Festival

Tahun ini, Rainforest Fringe kembali lagi untuk edisi ketiga. Rainforest Fringe adalah prelude sebelum acara acara utama di Sarawak seperti Rainforest World Music Festival dan juga Borneo Jazz Carnival yang juga akan diadakan pada bulan Julai 2019 ini.
Rainforest Fringe Festival pada tahun akan diadakan dari 5 Julai 2019 sehingga 12 Julai 2019.
Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang Rainforest Fringe Festival 2019 ini. Anda boleh kepautan ini untuk melihat senarai penuh : Rainforest Fringe Festival 2019
Rainforest World Music Festival 2019
Rainforest World Music Festival merupakan satu festival muzik ikonik di Sarawak yang menjadi bualan di serata dunia. Diadakan sejak tahun 1998 lagi, tahun ini Rainforest World Music Festival menjadi semakin mantap dengan aktiviti dan senarai artis tempatan dan luar negara yang akan melakukan persembahan nanti.
Sarawak Pay iaitu Dompet Digital Kelolaan Kerajaan Sarawak juga melakukan promosi pulangan tunai ekslusif sekiranya anda membeli tiket Rainforest World Music Festival ini dengan menggunakan Sarawak Pay.
Untuk senarai penuh artis yang akan beraksi di Ranforest World Music Festival tahun ini, anda boleh semak pautan berikut : Senarai Artis RWMF 2019
Anda juga boleh semak laman sesawang RWMF untuk lebih banyak maklumat dan juga pembelian tiket atas talian : Rainforest World Music Festival
Kuching Festival 2019

Kuching Festival merupakan acara tahunan yang mempunyai pelbagai elemen seperti pesta makanan, trade show, funfair dan juga pelbagai aktiviti sampingan yang lain.
Highlight utama Kuching Festival semestinya Pesta Makanan di mana ratusan buah gerai makanan kebiasaanya akan dibuka.
Baca artikel lama kami di sini :
1. 4 Aiskrim Yang Anda Perlu Cuba di Kuching Festival 2018
2. 200 Gerai Makanan Menanti Anda Di Kuching Food Festival 2018
Jika anda merupakan food hunter, pastikan anda bersedia untuk Kuching Festival 2019 kerana terdapat pelbagai gerai yang anda boleh cuba!
Kuching Festival 2019 akan diadakan pada 26 Julai 2019 sehingga 18 Ogos 2019 bertempat di sekitar Bangunan MBKS Padungan.
Untuk lebih perkara menarik mengenai Kuching, anda boleh lawat : ilovekch.com