fbpx
More

    Tayangan Filem Percuma Sempena AIFFA 2017

    Tayangan Filem Percuma Sempena AIFFA 2017

    Bagi anda yang ingin mengisi masa hujung minggu dengan bersantai, anda boleh hadir ke Old Courthouse Auditorium @ ChinaHouse Kuching untuk menonton filem filem yang dinominasikan untuk AIFFA 2017.

    Menurut jadual yang dikeluarkan di laman rasmi AIFFA 2017, tayangan filem percuma akan diadakan sehingga hari Sabtu dan akan diadakan di pawagam pawagam terpilih di sekitar Kuching, namun begitu berdasarkan laporan yang dikeluarkan akhbar The Borneo Post , tayangan filem percuma diadakan di Old Courthouse Auditorium

    Tayangan Filem Percuma Sempena AIFFA 2017

    Tiada jadual rasmi yang dikeluarkan untuk tayangan filem percuma tersebut, cuma menurut laporan tayangan akan diadakan dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam setiap hari, dengan 10-15 minit rehat selepas setiap filem ditayangkan.

    Bagi anda yang ingin bertemu dengan Donnie Yen, iaitu bintang filem Ip Man dan juga Star Wars anda boleh hadir ke Old Courthouse pada hari Sabtu, 6 Mei 2017, 2 Petang dan ke atas.

    Anda juga boleh baca artikel lama kami di sini : Aktiviti Aktiviti Menarik Sempena AIFFA 2017 Di Kuching

    Lokasi Old Courthouse auditorium adalah seperti peta di bawah :

    p/s : Kami harap penganjur boleh kemaskini jadual semasa dan juga filem-filem yang akan ditayangkan.

    Artikel Berkaitan