in

Pesta All You Can Eat Durian Di Kampung Bung Jagoi, Hujung Bulan Ini

Dengan serendah RM15, anda boleh mengutip dan memakan durian sepuas hati anda.

Pesta All You Can Eat Durian Di Kampung Bung Jagoi, Hujung Bulan Ini

Pesta All You Can Eat Durian Di Kampung Bung Jagoi, Hujung Bulan Ini

Jika anda sedari, musim durian sedang berlangsung di Bandaraya Kuching di mana anda boleh melihat orang menjual durian di merata tempat di sekitar bandaraya Kuching.

Dikhabarkan juga di tempat letak kereta di luar Emart Matang, ada penjual sudah mula menawarkan pakej makan durian secara buffet dengan harga RM15 seorang

Lebih menarik lagi, jika anda ingin merasai vibe yang menarik anda boleh hadir di Kampung Bung Jagoi mulai 28 Januari sehingga 3 Februari 2018 ini. Promosi yang diberi nama ‘Jak Tok Notuk Dien’ – ( Jom kutip buah durian ) ini membolehkan anda untuk meluangkan masa seharian di Bung Jagoi, atau anda juga bermalam untuk semalam.

Dianjurkan oleh Bung Jagoi Tourism Development Commitee, aktiviti ini disasarkan untuk mempromosi industri pelancongan di kawasan tersebut.

Bagi anda yang berminat, cas yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • RM90 untuk pakej bermalam (overnight)
  • RM15 untuk pakej balik hari (daytrip) – Dewasa
  • RM10 untuk pakej balik hari (daytrip) – Kanak kanak 6 tahun – 12 tahun

Bagi pakej bermalam, kemudahan tempat tinggal dan makanan juga disediakan untuk anda. Walau bagaimanapun pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa buah buahan balik.

Difahamkan juga bahawa terdapat pelbagai jenis buah durian yang terdapat di Bung Jagoi dan pokok pokok durian di kawasan tersebut dinamakan sempena nama individu yang menanam pokok pokok tersebut.

Penghujung bulan Januari dikatakan masa yang sesuai untuk datang dan menikmati buah durian di kawasan tersebut.

 

Selain dari durian, pengunjung juga boleh menikmati buah buahan lain seperti rambutan, nangka dan juga tampoi.

Untuk tiba ke ladang buah buahan pula, pengunjung perlu mendaki Bung Jagoi untuk tiba di puncak di mana anda boleh menikmati pemandangan yang menarik.

Bagi anda yang ingin menyertai ‘Jak Tok Notuk Dien’ ini, anda boleh menghubungi Wadel di talian 0148849694

Baca juga : Tarikan Pelancongan Di Sarawak Yang Anda Perlu Lawat Untuk Tahun 2018

Leave a Reply

Loading…

Senarai Dan Lokasi Klinik 1 Malaysia Yang Terdapat Di Kuching

Senarai Dan Lokasi Klinik 1 Malaysia Yang Terdapat Di Kuching

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang

Gabungan Pemandu Teksi Mogok Di Kuching, Tiada Teksi Di Lapangan Terbang