fbpx
Things To Do

Perkara Yang Boleh Anda Lakukan dalam 24 Jam di Kuching, Sarawak

kuching
11K Shares

Perkara Yang Boleh Anda Lakukan dalam 24 Jam di Kuching, Sarawak.

  1. Sarapan di Chong Choon Cafe :

chong choon

Chong Choon Cafe terletak di tengah bandaraya Kuching, berhampiran dengan Hotel Grand Margherita, Hotel Abell dan juga RJ Ayam Bakar.

Terkenal dengan laksa sarawak, Chong Choon cafe juga menyediakan sarapan lain seperti roti bakar, mee jawa, mee kolok dan sebagainya.

chong choon

Poh Lam Laksa merupakan satu kemestian sekiranya anda berkunjung ke Chong Choon Cafe.

chong choon

Sarapan yang lengkap di Chong Choon Cafe,

  1. Roti Bakar
  2. Char Kuey
  3. Mee Kolok
  4. Roti Bakar
  5. Teh C Special

Selesai sarapan pagi, anda boleh terus menempah UBER untuk terus ke Semenggoh Wildlife Centre. Tambang ke Semenggoh kebiasaanya hanya kurang dari RM30 untuk sehala.

semenggoh

Feeding time untuk sesi pagi adalah pada pukul 9 pagi – 10 pagi setiap hari.

semenggoh

Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat orang utan dari jarak yang dekat!

semenggoh

Selain daripada orang utan, Semenggoh Wildlife Centre juga merupakan Pusat Penyelidikan Botani di mana anda boleh melihat pelbagai jenis flora dan fauna.

Kebiasaanya, 2 jam sudah mencukupi untuk lawatan ke Semenggoh dan anda boleh terus pergi mencari juadah makanan tengah hari!

kopi o corner

Kopi O Corner merupakan tempat yang tidak asing lagi buat warga tempatan di Kuching. Menyediakan pelbagai juadah seperti nasi campur, makanan tempatan dan sebagainya, Kopi O Corner merupakan tempat yang ideal untuk makan tengah hari.

kopi o corner

Pastikan anda mencuba roti prata daging ini sekiranya anda berkunjung ke Kopi O Corner !

Perut dah diisi, maka masa untuk kembali menjelajah Kuching. 24jam adalah masa yang terhad untuk meneroka seluruh Sarawak, jadi anda boleh ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Santubong. Perjalanan ke Santubong mengambil masa 30 – 40 minit sahaja.

SCV

Kampung Budaya Sarawak merupakan tempat sehenti  untuk merasai kebudayaan Sarawak. Bayaran masuk ke Kampung Budaya Sarawak adalah RM50 seorang untuk dewasa.SCV

Di Kampung Budaya Sarawak anda boleh merasai pengalaman 1 Sarawak. Secara ringkasnya, hampir keseluruhan budaya di Sarawak di compress kan dan diletak di dalam satu taman yang indah.

Aktiviti seterusnya selepas menjelajah Kampung Budaya Sarawak semestinya makan malam. Lokasi yang ideal untuk makan malam adalah My Barok Village di Kampung Boyan

my village barok

Antara makan yang harus dicuba di My Barok Village adalah midin belacan, pansuh ayam yang merupakan makanan kegemaran orang Sarawak!

my village barok

Midin belacan!

my village barok

Ayam Pansuh! ( ayam yang dikukus di dalam buluh )

my village barok

#dinnerofchampions.

Selesai makan malam anda boleh menaiki perahu tambang untuk kembali ke bahagian bandar Kuching dan terus bersiar siar di sepanjang Waterfront, Kuching

waterfront

Terdapat pelbagai aktiviti di sepanjang Waterfront.

waterfront

Terdapat buskers yang menghiburkan anda dengan lagu lagu dendangan mereka dan juga terdapat meja ping pong untuk anda beriadah sekiranya anda ingin berpeluh.

Maka lengkaplah perjalanan seharian di Kuching. Selepas bersiar siar di Waterfront, anda boleh terus kembali ke hotel dan berehat.

Enjoy your holiday in Kuching!

 

11K Shares
Related posts
Things To Do

3 Lokasi Hangat Di Kuching Untuk Dapatkan Valentine Gift Kekasih Anda

Things To Do

Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

Things To Do

Nak Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching? Ini Panduan Ringkas

Things To Do

4 Port LIVE FINAL World Cup TERBAIK di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami