Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Berkunjung Ke Pontianak
Pontianak adalah Capital City of West Kalimantan. Pontianak juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa kerana lokasinya yang bertindak sebagai pemisah Kutub utara dan Kutub selatan. Dengan populasi sekitar 600 ribu orang, Pontianak memiliki beberapa persamaan dengan Kuching, terutamanya dari segi kepelbagaian penduduk dan budaya.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pontianak dari Kuching, terdapat 3 pilihan bagi anda iaitu anda boleh menaiki bas, atau menaiki kapal terbang. Bagi anda yang ingin menaiki kapal terbang, anda mempunyai 2 pilihan iaitu Xpress Air dan juga AirAsia(akan datang pada Julai 2017)
Terdapat pelbagai Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Berkunjung Ke Pontianak :
- Melawat Monumen Equatorial
Tidak lengkap sekiranya jika anda berkunjung ke Pontianak tanpa melawat Monumen Equatorial ini. Ianya merupakan mercu tanda Bandar Pontianak dan dibina betul betul di atas equator line. Monumen asal masih dapat dilihat di dalam muzium.
2. Bersiar Siar Menggunakan Bot Di Sungai Kapuas
Jika Kuching mempunyai Sungai Sarawak, di Pontianak mereka mempunyai Sungai Kapuas. Sungai Kapuas juga merupakan antara sungai terpanjang di Pulau Borneo.
Menariknya, terdapat cruise di Sungai Kapuas di mana anda boleh mengikuti cruise tersebut untuk menjelajah Sungai Kapuas.
Anda boleh semak pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai cruise tersebut : Pandaw Kapuas River Cruise
Terdapat juga cruise biasa di mana cruise tersebut mempunyai restoran dan anda boleh menikmati makanan sambil bersiar siar.
3. Melawat Istana Kadriah
Istana Kadriah telah dibina oleh Syarif Abdurrahman Alkadrie, iaitu Sultan Pontianak yang pertama.
Istana ini mempamerkan sejarah Kesultanan Melayu di Pontianak yang telah dimulakan oleh Syarif Abdurrahman Alkadrie sekitar tahun 1771 dan juga pada ketika itu, Pontianak telah dibangunkan sebagai Kota Perdagangan
4. Melawat Rumah Redakng
Rumah Redakng adalah replika rumah tradisional kaum Dayak yang telah dibina oleh Kerajaan Indonesia. Panjang Rumah Redakng pula adalah 138 meter dan 7 meter tinggi. Rumah Redakng adalah antara kawasan tumpuan pelancong di Pontianak.
5. Food Hunting
Seperti biasa, Food Hunting adalah perkara yang harus dilakukan sekiranya berkunjung ke tempat orang. Terdapat pelbagai restoran dan gerai di Pontianak yang menyediakan makanan makanan yang istimewa. Jangan terkejut kalau sesetengah lauk yang anda jumpai merupakan sesuatu yang common juga di Kuching!
Untuk panduan penuh makanan di Pontianak, anda boleh semak pautan ini : Top Restaurants in Pontianak
Bagi anda yang ingin mencari tempat tinggal di Pontianak, anda boleh semak pautan ini : Senarai Hotel Di Pontianak , terdapat pelbagai hotel yang selesa yang anda boleh tempah di Indonesia.
Untuk bergerak pula, anda boleh mendapatkan teksi atau pun menggunakan Aplikasi Gojek untuk mendapatkan servis pengangkutan mampu milik dan mudah digunakan.