Things To Do

Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Berkunjung Ke Lundu

fddaf b

Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sekiranya Berkunjung Ke Lundu 


Lundu terletak lebih kurang 80KM dari Bandaraya Kuching. Lundu merupakan sebuah pekan kecil. Sungai utama di Lundu adalah Batang Kayan tetapi tiada bukti menunjukkan bahawa Orang Kayan pernah tinggal di Lundu. Nama Lundu berasal dari sejenis ikan keli kecil yang hidup di Sungai Lundu. Sekiranya anda berkunjung ke Lundu, di sini kami sertakan perkara yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke Lundu dan Sematan.

  1. Berkelah dan mandi laut di Pandan Beach
fddaf b

photo credit to Dzureen Hamzah

Pandan Beach terletak lebih kurang 10km dari Pekan Lundu. Tiada tempat berkelah yang tetap disediakan seperti di Port Dickson, tetapi anda bebas untuk memilih kawasan seperti bawah pokok mengikut keselesaan anda.

2. Menginap di Gunung Gading National Park

gunung gading national park

Taman Negara Gunung Gading merupakan tempat yang amat menarik kerana anda boleh hiking, mandi air terjun, melihat bunga rafflesia. Tempat penginapan juga disediakan dengan harga yang berpatutan.

gunung gading

photo credit to Sarawak Tourism Board

Hiking trail di Gunung Gading akan melalui beberapa buah air terjun. Sekiranya anda bercadang untuk ke puncak Gunung Gading, ketika perjalanan turun ke bawah, anda boleh singgah ke air terjun tersebut.

gunung gading

Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk datang ketika Bunga Raffesia sedang blooming ! Anda boleh menyemak Facebook : Gunung Gading Rafflesia untuk jadual.

3. Berjalan – jalan di sekitar Pekan Lundu

n

Pekan Lundu baru dinaiktaraf dan kini mempunyai Waterfront dan juga Dataran.

n

Makanan pula amat mudah untuk diperolehi kerana banyak gerai dan juga restoran di sekitar lundu. Sugarbun juga mempunyai satu cawangan di Lundu.

feri lundu

Gerai di tepi jalan selepas Jambatan Lundu ada menjual banyak kuih muih. Jangan lupa untuk singgah di sini!

n

Related posts
Things To Do

3 Lokasi Hangat Di Kuching Untuk Dapatkan Valentine Gift Kekasih Anda

Things To Do

Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

Things To Do

Nak Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching? Ini Panduan Ringkas

Things To Do

4 Port LIVE FINAL World Cup TERBAIK di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami