Things To Do

Panduan Lengkap Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Kuching

Panduan Lengkap Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Kuching

Panduan Lengkap Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Kuching

Kuching adalah Capital City untuk Sarawak, berpopulasi kurang dari 1 juta penduduk. Terletak di Pulau Borneo yang kaya dengan khazanah semula jadi (ada juga hutan yang sudah gondol, jangan skodeng di Google Maps pls), Kuching adalah lokasi yang sesuai untuk anda yang ingin bercuti over the weekend( 3 hari 2 malam ). Di Kuching anda boleh meneroka flora dan fauna, meluangkan masa sepetang di pantai dan juga menikmati makanan tempatan yang anda tidak jumpa di tempat lain.

Dalam artikel ini, kami sediakan panduan lengkap untuk percutian 3 hari 2 malam di Kuching.

Hari Pertama ( Tiba di Kuching pada tengah hari )

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Kuching dan mencari tempat tinggal, anda boleh semak 2 artikel lama kami :

Terdapat banyak pilihan tempat tinggal untuk anda, dan kos untuk menginap di Kuching tidak lah mahal. Untuk kos penerbangan dari Kuala Lumpur pula kos penerbangan adalah kurang dari RM300, kadang kadang hanya RM200 untuk pergi dan balik. Kuching juga boleh diakses terus dengan penerbangan terus dari Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan juga Kota Bahru

Panduan Lengkap Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Kuching

Kesemua laluan tersebut disediakan oleh Airasia, Malaysia Airlines dan juga Malindo Air.

Sekiranya anda check in di hotel pada sekitar tengah hari yang pertama, selepas check in anda boleh terus ke Lebuh Gambier, untuk membeli cenderamata dan terus ke Waterfront Kuching yang terletak di hadapan Lebuh Gambier. Anda akan menghabiskan beberapa jam di situ dan untuk makan malam, tempat paling ideal untuk anda makan malam di tengah bandar adalah Topspot. Lokasi topspot adalah seperti peta di bawah :

Selesai makan malam, anda boleh berehat awal kerana hari kedua adalah hari yang padat dengan aktiviti aktiviti menarik.

Hari Kedua Di Kuching

Untuk panduan penuh hari kedua, anda boleh semak artikel ini : Perkara Yang Boleh Anda Lakukan dalam 24 Jam di Kuching, Sarawak.

Panduan Lengkap Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Kuching

Hari Ketiga ( Hari Terakhir )

Untuk hari terakhir ini, anda boleh take it easy dan tidak perlu rushing. Sekiranya flight anda untuk meninggalkan Kuching adalah malam, anda boleh berkunjung ke Jong Crocodile Farm terlebih dahulu. Selepas ke Jong Crocodile Farm, anda boleh singgah makan tengah hari di sekitar Kota Sentosa.

Panduan Lengkap Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Kuching

Selepas anda selesai menikmati makan tengah hari, anda boleh melawat pusat membeli belah di Kuching atau menonton wayang sebelum kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan balik.

Sekiranya anda ingin ke resort resort tepi pantai di sekitar Kuching pula, anda boleh baca artikel lama kami : 4 Resort Tepi Pantai Dengan Jarak Perjalanan Kurang 2 Jam Dari Kuching

 

Related posts
Things To Do

3 Lokasi Hangat Di Kuching Untuk Dapatkan Valentine Gift Kekasih Anda

Things To Do

Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

Things To Do

Nak Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching? Ini Panduan Ringkas

Things To Do

4 Port LIVE FINAL World Cup TERBAIK di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami