6 Lokasi Derma Darah Sepanjang Minggu Ini Di Kuching (3-9April 2017)
Sudahkah anda menderma darah? Jika belum, Blood Bank Hospital Umum Sarawak sentiasa dibuka untuk anda. Setiap pint darah yang anda dermakan boleh menyelamatkan individu – individu yang memerlukan darah. Terdapat pelbagai kelebihan menderma darah, antaranya adalah :
Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung(klik untuk sumber)
Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia sejak 30 tahun lalu. Namun kita masih ada harapan. Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Begini caranya. Penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda. Zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.
Gambar rajah di bawah, adalah Pusat Kutipan Darah di Sabah dan Sarawak
Dalam artikel ini, kami sertakan 6 Lokasi Derma Darah Sepanjang Minggu Ini Di Kuching (3-9April 2017)
Selasa, 4 April 2017
- Lobi Bangunan Sultan Iskandar
Penganjur : Jabatan Imigresen
Masa : 9 Pagi – 2 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Khamis, 6 April 2017
- Lobi Hotel Sri Simanggang Sri Aman
Penganjur : Polis Diraja Malaysia
Masa : 8 Pagi – 3 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Sabtu, 8 April 2017
- Maximus Gym Jalan Batu Kawa
Penganjur : Maximus Gym
Masa : 10 Pagi – 3 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
2. Petronas Telaga Tiga, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub
Penganjur : Petronas Telaga Tiga
Masa : 9 Pagi – 1 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Ahad, 9 April 2017
- Poh Yeh Chin Ser, Jalan Stapok Selatan
Penganjur : Poh Yeh Chin Ser
Masa : 9 Pagi – 3 Petang
Lokasi : https://her.is/2oBq4mK
2. Hope Church Jalan Dogan
Penganjur : Hope Church
Masa : 1 Petang – 4 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Anda juga boleh menderma darah terus ke Blood Bank Hospital Umum Sarawak. Mereka sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.
Masa operasi mereka adalah :
Isnin – Jumaat : 8 Pagi – 4.30 Petang ( termasuk masa makan tengah hari )
Tempat letak kereta juga disediakan bagi mereka yang datang untuk menderma darah.