Lokasi Derma Darah Sepanjang Minggu Ini Di Kuching ( 20 – 26 Mac )
Bagi anda yang kerap menderma darah, terima kasih kami ucapkan. Ketahuilah bahawa sumbangan anda telah banyak membantu orang ramai. Bagi anda yang ingin menderma darah, kami sarankan anda untuk melakukannya dalam jadual yang disarankan oleh mereka yang pakar seperti Bank Darah Hospital Umum Sarawak. Jangka hayat darah yang didermakan adalah sekitar 35 – 42 hari dan kerana itu, pentingnya derma darah secara berjadual. Sekiranya terlalu ramai untuk satu tempoh masa, tanpa permintaan, ianya dikhuatiri akan berlakunya pembaziran.
Ini Lokasi Derma Darah Sepanjang Minggu Ini Di Kuching ( 20 – 26 Mac )
Rabu, 22 Mac 2017
- Kolej Bunga Raya Unimas
Penganjur : Kolej Bunga Raya
Masa : 9.30 Pagi – 3 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Khamis, 23 Mac 2017
- Lobi Pusat Jantung Sarawak
Penganjur : Pusat Jantung Sarawak
Masa : 9 Pagi – 3 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah :
Jumaat , 24 Mac 2017
- Dewan Serbaguna Politeknik Matang
Penganjur : Politeknik Matang
Masa : 9 Pagi – 12 Tengah Hari
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Sabtu, 25 Mac 2017
- MES Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sarawak
Penganjur : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sarawak
Masa : 9 Pagi – 2 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
2. RHB Bank Matang Jaya
Penganjur : RHB Bank
Masa : 9 Pagi – 2.30 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Ahad, 26 Mac 2017
- St Ann Church Padawan
Penganjur : St Ann Church
Masa : 9 Pagi – 2 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
2. Level 2, Boulevard Shopping Mall 2
Penganjur : Kuching Lifecare Society
Masa : 10 Pagi – 3 Petang
Lokasi : Rujuk peta di bawah
Anda juga boleh menderma darah terus ke Blood Bank Hospital Umum Sarawak. Mereka sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.
Masa operasi mereka adalah :
Isnin – Jumaat : 8 Pagi – 4.30 Petang ( termasuk masa makan tengah hari )
Tempat letak kereta juga disediakan bagi mereka yang datang untuk menderma darah.