in

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang  Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini

GREAT Kuching 2018 akan memperkenalkan Stockyard @
Borneo744 sebagai hub makanan kreatif dan hipster bermula 14 hingga 15 April 2018
sebagai penambahan terkini di Borneo744.

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini
Direkabentuk dengan konsep industri retro, Stockyard @ Borneo744 menjanjikan
kepelbagaian dalam acara seni persembahan, pusat makanan, pasar seni kreatif dan
mensasarkan golongan keusahawanan belia. Stockyard @ Borneo744 bermatlamat untuk
menjadi lokasi Instagram-able paling banyak di Sarawak seperti yang diilhamkan oleh Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah untuk menjadi
bandar hipster untuk belia.

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini
GREAT Kuching 2018 adalah seminar tempatan anjuran Kementerian Kewangan Malaysia
dan merupakan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang disokong oleh
Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan Tabung Ekonomi Gagasan
Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dalam usaha untuk menerokai potensi keusahawanan
di Sarawak. Antara kluster pada tahun ini adalah keusahawanan belia, sosial dan wanita,
kesenian dan kebudayaan, fesyen dan pelancongan, dan juga teknologi.

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini
Dianjurkan pertama kali pada tahun 2014, Gathering of Rising Entrepreneurs, Act Together
atau lebih dikenali sebagai GREAT kembali untuk edisi kedua di Sarawak pada tahun ini
bertempat di Borneo744. GREAT Kuching 2018 merupakan seminar keusahawanan
terbesar di Sarawak dengan jangkaan 2,000 orang hadirin dan juga pelbagai program
keusahawanan untuk mebantu para usahawan dalam membina, mengembangkan
perniagaan dan pembiayaan kepada usahawan tempatan baharu dan usahawan social.
Dalam usaha menyokong usahawan tani, GREAT Kuching 2018 berkolaborasi dengan
‘FAMA Best Buy’ untuk mengurangkan kos sara hidup dengan menawarkan produk-produk
pertanian dengan harga yang murah dan berdaya saing.

GREAT Kuching 2018, Karnival Menarik Yang Anda Perlu Hadir Hujung Minggu Ini

Tambahan lagi, Persatuan Pengusaha Food Truck Bumiputera Sarawak juga akan mengendalikan kelaskeusahawanan food truck dan terdapat 50 pameran jualan oleh usahawan tempatan.
Antara program bersempena GREAT Kuching 2018 adalah persembahan istimewa daripada
dua (2) kugiran; AT ADAU dan MERUKED, Bengkel Keusahawanan 1MET 5.0 – Edisi
Lautan Biru, program Coding@School, kelas keusahawanan, seminar, bengkel, dan Only
One With Irwan yang menampilkan Altimet sebagai usahawan selebriti.
GREAT Kuching 2018 menawarkan 5,000 kupon makanan percuma sepanjang program dan
promosi diskaun RM5 untuk setiap perjalanan Grab daripada dan ke Borneo744 dengan kod
GRABGREATKCH.

Mengenai Borneo744

Terletak dalam 11km daripada pusat Bandaraya Kuching, Borneo744 adalah Bandar Usahawan Lautan Biru (BOET) yang pertama dalam negara di mana ia merupakan bekas bengkel mekanikal Jabatan Kerja Raya terletak di Bintawa, Kuching, Sarawak.

Borneo744 merangkumi keluasan tanah seluas 10 ekar dan mempunyai lima (5) blok bangunan dengan keluasan binaan sebanyak 120,000 kaki persegi. Bangunan-bangunan ini adalah bekas kegunaan pejabat dan bengkel yang telah diubahsuai untuk Borneo744. Setiap bangunan mempunyai fungsi yang unik mengikut aktiviti berdasarkan saiz bangunan, kemudahan dan ciri akustik.

Mengenai Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) telah dilancarkan pada tahun 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, bermatlamat untuk menjadi pusat kreativiti dan inovasi untuk para usahawan yang terulung dunia. Maka, demi untuk membangunkan ekosistem startup di Malaysia dengan lebih mampan, MaGIC membuka pejabat cawangan yang pertama di luar Cyberjaya, bertempat di Borneo744, Kuching, Sarawak, yang juga merupakan Bandar Usahawan Lautan Biru (BOET) yang pertama dalam negara.

Facebook Comments
Hujan Duit Di Mood Republik Sarawak, Nur Sajat Dikecam Netizen

Hujan Duit Di Mood Republik Sarawak, Nur Sajat Dikecam Netizen

15 #PickUpLinePRU Untuk Memenangi Hati Calon Pilihan Anda

15 #PickUpLinePRU Untuk Memenangi Hati Calon Pilihan Anda