in

Forum Belia TEGAS Kembali Lagi, Dan Kali Ini Ianya Lebih Awesome

Forum Belia TEGAS Kembali Lagi, Dan Kali Ini Ianya Lebih Awesome

Forum Belia TEGAS Kembali Lagi, Dan Kali Ini Ianya Lebih Awesome

Forum Belia TEGAS anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak merupakan satu platform untuk Kerajaan Sarawak menyalurkan maklumat dan perancangan Kerajaan Negeri kepada rakyat, terutamanya untuk golongan Belia.

Jika tahun lepas, tajuk Forum ini adalah : Sarawak as the Most Developed State with High Income Economy by 2030, tahun ini pula tema dan tajuk forum yang akan diadakan pula adalah : Transforming Sarawak Through Digital Economy.

Forum kali ini akan memfokuskan pada pembangunan belia yang relevan ke arah Ekonomi Digital dan juga industri 4.0 yang sedang hangat diperkatakan kini.

Baca : Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

Forum Belia TEGAS akan dimulakan dengan persembahan Asyraf Hardy sebelum kata kata aluan oleh Pengerusi TEGAS iaitu Datu Haji Len Talif Salleh.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sempena Forum Belia TEGAS di BCCK kali ini, antaranya adalah program MaGIC SPARK yang dikelolakan oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre

MaGIC yang kini mempunyai cawangan di Sarawak akan memulakan sesi mereka pada pukul 9 pagi, dengan memperkenalkan program MaGIC Spark, diikuti oleh sesi perkongsian bersama 3 panel yang merupakan usahawan usahawan berjaya di dalam bidang masing masing.

MaGIC Spark juga akan mengadakan workshop ringkas berkaitan dengan creativity and innovation. Sesi pagi bersama MaGIC Spark akan diakhiri dengan persembahan Meruked.

Booth booth menarik juga terdapat di ruang legar BCCK, di mana TEGAS akan mempunyai ruangan ‘innovatesarawak‘ .

Forum Belia TEGAS Kembali Lagi, Dan Kali Ini Ianya Lebih Awesome

Sebuah syarikat tempatan, Trifold Enterprise mempunyai kebolehan untuk membangunkan perisian augmented reality, virtual realiti dan mixed reality. Jika anda pernah dengar Hololens yang dikeluarkan oleh Microsoft, anda boleh cuba Hololens yang terdapat di ruangan mereka.

Jika anda ingin tahu bagaimana hololens berfungsi, anda boleh tonton video di bawah :

Selain dari pameran hololens dari Trifold, anda juga berpeluang melihat sendiri ‘smart walking stick‘ ciptaan anak Sarawak yang pernah viral di media sosial tidak lama dahulu.

Trifold dan Bawa Tech adalah antara tech startup berpusat di Sarawak yang mempunyai kebolehan setanding dengan pakar dari luar negara.

Anak Sarawak Hasilkan Tongkat Pintar Yang Pertama Di Asia Tenggara

Selain itu, terdapat banyak lagi pameran pameran menarik disediakan di sepanjang ruang legar BCCK.

Untuk aktiviti sampingan pula, Final Pitch untuk HackWeekend KCH Junior dan Senior akan diadakan selepas makan tengah hari. HackWeekend KCH adalah sebuah programming challenge bertujuan untuk membina aplikasi web dan telefon bimbit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sektor pendidikan.

Bayangkan jika ada sebuah aplikasi yang dapat membantu dalam pembelajaran STEM, bukankah itu sesuatu yang awesome?

Sasha Ningkan juga akan membuat persembahan selepas makan tengah hari.

Bagi anda yang meminati tarian, Elevated Entity akan mempunyai ruangan khas di sebelah kanan ruang legar BCCK . Rock Em Right – REDEMPTION merupakan tema mereka untuk tahun ini. Mereka akan mengadakan dance competition dan juga creative market

Aktiviti kemuncak Forum Belia TEGAS, bersama Ketua Menteri Sarawak dijangkakan akan bermula pada pukul 3 petang. Moderatornya pula adalah Syed Nizamuddin Syed Kassim, bekas ahli parlimen belia Sarawak.

Forum Belia TEGAS bersama Ketua Menteri Sarawak merupakan sesuatu yang sangat menarik, di mana hadirin boleh berinteraksi terus bersama Ketua Menteri Sarawak tanpa sebarang tapisan. Tapi of course lah, stay dalam tajukTransforming Sarawak Through Digital Economy.

Anda boleh berinteraksi terus bersama Ketua Menteri Sarawak dan lontarkan soalan soalan yang konstruktif berkaitan visi beliau untuk Ekonomi Digital di Sarawak.
Forum Belia TEGAS Kembali Lagi, Dan Kali Ini Ianya Lebih Awesome

Jika anda ingin menghadiri Forum Belia TEGAS 2017 @ BCCK ini jangan lupa untuk mendaftar di : fbt17.eventbrite.com . Dah tahun 2017 tok, register online jak lah nak? Hehe.