Filem Kanang Anak Langkau Akan Mula Ditayangkan Pada 16 Mac ini
Filem Kanang Anak Langkau adalah adaptasi dari kisah sebenar seorang pahlawan dari Negeri Sarawak. Beliau telah berjuang demi negara ini ketika zaman ancaman komunis pada sekitar tahun 1970an.
Dipetik dari laman Finas :
” The Iban Warrior ini merungkai sisi kehidupan seorang tokoh terbilang dan pahlawan jati bumi Kenyalang, yang amat dikagumi, bernama Kanang. Perjalanan hidup seorang tokoh berbangsa Iban ini divisualkan dalam sebuah naskhah yang pastinya meruntun jiwa setiap penonton dan peminat filem tempatan”
Ringkasan Filem Kanang Anak Langkau :
” Semasa peristiwa Konfrontasi diantara Indonesia dan Malaysia, Kanang berjaya menjejaki pasukan Sarawak Ranjer dan 40 orang Komando keluar dan membawa mereka pulang dengan selamat. Walaupun Kapten Mike Ayota tercedera, namun Kanang telah berjaya membawanya pulang dengan selamat.
Kepintaran, keberanian serta komitmen Kanang membuatkan Mike Ayota begitu meminati Kanang dan berhasrat untuk membawa Kanang bertugas di New Zealand. Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Kanang diserap ke 8 Batalion dan dihantar bertugas ke Semenanjung Malaysia bagi membantu manghapuskan saki baki Komunis yang sedang bermaharajalela.
Kanang bertempur menumpaskan Komunis di waktu kaumnya sedang merayakan Hari Gawai. Kematian sahabatnya, Kamaruddin, sekaligus rakan sepasukannya di Hari Gawai benar-benar memarakkan lagi semangat Kanang untuk menjejaki Komunis. Semangat ‘Agi Hidup Agi Ngelaban’ membakar dirinya, sehingga Kanang mengetuai misi tersebut dan menggunakan kepakarannya untuk membaca tipu helah Komunis”
Jangan lupa, filem ini akan ditayangkan mulai 16 Mac 2017, anda boleh ikuti perkembangan filem ini di : Empire Film Solution