fbpx
More

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    Walaupun hanya mempunyai populasi yang kurang dari 1 juta orang, Kuching juga mempunyai beberapa tempat untuk anda melakukan aktiviti dan sukan extreme. Dari berkayak di Sungai Semadang sehingga ke Paintball , semuanya ada di Bandaraya Kuching.

    Ini adalah 6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    1. Berkayak di Sungai Semadang

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    Di Kuching, anda boleh berkayak di Sungai Semadang. Anda boleh baca artikel kami di sini : Jom Berkayak Di Sungai Semadang

    Selain dari berkayak, anda juga boleh :

    2. Caving

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching
    image credit to semadangkayak.com

    Caving adalah aktiviti lasak di mana anda menjelajah ke dalam gua. Untuk aktiviti caving, anda perlu mempunyai penunjuk arah. Sekiranya anda berkayak di Sungai Semadang, aktiviti caving juga disediakan oleh pihak semadangkayak.com.

    Anda juga boleh baca artikel dari Sarawak Tourism di sini : Fun Caving Adventure in Kuching, Sarawak

    3. Go Kart di Borneo Serapi Race Track

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    Bagi anda yang suka kan adrenaline dan ingin memandu dengan laju secara sah, anda boleh pergi ke Serapi Borneo Race Track di Matang.

    Anda boleh baca artikel kami di sini : Serapi Borneo Go Kart – The Best Go Kart Track In Kuching

    4. Paintball di Waxers Paintball Park, Pasir Panjang.

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    Bagi anda yang inginkan pengalaman tembak menembak secara tidak berbahaya, anda boleh cuba untuk bermain Paintball. Waxers Paintball Park terletak di Pasir Panjang, bersebelahan dengan pantai.

    Anda boleh baca artikel kami di sini : Play Paintball in Kuching – Waxers Paintball Park, Pasir Panjang

    5. Wall Climbing di CityOne Megamall

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    Bagi anda yang tidak gayat dan gemar untuk memanjat, wall climbing adalah satu sukan yang sesuai untuk anda. Wall Climbing ini diuruskan oleh Climb Ascend di CityOne Megamall. Khidmat trainer juga disediakan untuk mengawal selia anda yang masih baru dalam wall climbing.

    Bagi anda yang sudah 50 langkah dihadapan, anda boleh cuba Rock Climbing. Rujuk artikel ini dari Sarawak Tourism : Rock Climbing at Fairy Cave Bau

    6. Archery Tag

    6 Aktiviti Extreme Yang Anda Boleh Lakukan Di Kuching

    Seperti Paintball, archery tag dimainkan secara berpasukan dan aksi ‘ tembak menembak ‘ . Beza nya, anda menggunakan panah untuk menembak, instead of senapang paintball. Sekiranya anda berminat dengan archery tag, anda boleh berkunjung ke Sentosa Theme Park, Kuching.

    Anda boleh baca artikel kami di sini : Sentosa Theme Park – The First Theme Park in Kuching

    Sekiranya anda mempunyai cadangan cadangan lain, jangan lupa untuk tinggalkan di ruang komen untuk dikongsi bersama.

    Artikel Berkaitan