Things To Do

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma 2 hari lagi iaitu dijangkakan bahawa Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari Ahad, 25 Jun 2017 ini. Bagi anda yang ingin membeli belah untuk hari raya, ada beberapa buah lokasi Bazaar Aidilfitri yang anda boleh lawati.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 4 lokasi bazaar aidilfitri yang anda perlu lawat di Kuching.

1. Majma Fest 2017

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

 

Majma Fest 2.0 diadakan di perkarangan Majma Mall yang terletak di belakang Pusat Membeli Belah Hopoh. Majma Fest 2.0 menyediakan pelbagai pilihan untuk pembeli, terutamanya jenama jenama tempatan. Majma Fest akan beroperasi sehingga 24 Jun ini.

2. Pasatapok Ramadhan

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

Pasatapok Ramadhan diadakan pada 22 & 23 Jun 2017, bertempat di Emilies Diner, Laruh Skim Kuching. Dikenali sebagai pengasas Pasar Hipster dalam golongan remaja di Kuching, Pasatapok adalah satu tempat yang anda perlu kunjungi di Kuching.

Senarai penuh vendor yang terlibat di Pasatapok boleh didapati di bawah

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

3. Bazaar Aidilfitri Satok

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

Bazaar Aidilfitri Satok merupakan lokasi yang terkenal buat warga Kuching yang ingin membeli belah untuk Aidilfitri. Bazaar Aidilfitri ini merupakan antara yang terbesar di Kuching dengan panjang lebih daripada 100 meter dengan puluhan khemah. Jalan raya menghala ke Bazaar Aidilfitri Satok juga biasanya akan sesak dengan pengunjung.

4. Bazaar Syawal Metrocity

4 Lokasi Bazaar Aidilfitri Yang Anda Perlu Lawat Di Kuching

Pasar Malam Belia N6 merupakan lokasi pasar malam yang tidak asing lagi buat warga Petrajaya. Untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba Hari Ahad ini, mereka mempunyai Bazaar Syawal, dengan tagline ‘Kompom Belalak‘. Banyak vendor vendor yang menjual pelbagai jenis pilihan pakaian dan aksesori yang berkaitan dengan ramadhan membuka gerai gerai mereka di situ.

Bagi anda yang masih tertanya tanya lokasi untuk Sungkey di Kuching, anda boleh semak artikel kami di sini :

Lokasi dan Senarai Buffet Ramadhan Di Kuching

 

 

Related posts
Things To Do

3 Lokasi Hangat Di Kuching Untuk Dapatkan Valentine Gift Kekasih Anda

Things To Do

Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

Things To Do

Nak Sambut Tahun Baru Di Waterfront Kuching? Ini Panduan Ringkas

Things To Do

4 Port LIVE FINAL World Cup TERBAIK di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami