fbpx
More

    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen

    Nang steadey!

    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen. Kelab bola sepak Sarawak yang sedang meningkat naik iaitu Kuching City FC telah mengumumkan logo terbarunya pada 25 Ogos yang lalu.

    Logo terbaharu ini adalah hasil daripada pertandingan mencipta logo yang akhirnya dimenangi oleh seorang pereka yang berasal dari Kuching, Sarawak iaitu Azril Al Fatt Hashim. Beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang rekaan.

    Ringkas tapi padu

    Rekaan logo terbaru ini agak unik kerana tidak menggunakan simbol perisai mahu pun bola tetapi sebaliknya menggunakan simbol dan bentuk identiti yang ringkas namun cukup jelas untuk difahami jika dilihat sekilas pandang.

    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen
    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen
    Sumber : FB Kuching City FC
    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen
    Logo lama Kuching City FC.

    Menerusi laman Facebook rasmi Kuching City FC, logo terbaru ini turut disertakan dengan penerangan terperinci tentang maksud di sebaliknya.

    Maksud di sebalik logo terbaru Kuching City FC

    Secara amnya, logo Kuching City FC ini mengguna pakai bentuk kepala seekor kucing sebagai bentuk utamanya manakala huruf K di tengahnya pula melambangkan Kuching.

    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen
    Sumber : FB Kuching City FC

    Dari segi penggunaan warna pula, logo Kuching City FC ini menggunakan 2 jenis warna iaitu warna hijau yang membawa maksud semangat keberanian sebagai sebuah pasukan. Warna merah pula melambangkan semangat kekuatan tanpa mengalah sebuah pasukan.

    Cogan kata pada pembentangan logo terbaharunya pula ialah ‘Stronger Together’. Pergh, macam dah boleh lawan ‘You’ll never walk alone’.

    KUCHING CITY F.C Our new crest of honour! This is Kuching! Kami bagi pihak Kuching City FC ingin mengucapkan tahniah…

    Posted by Kuching City FC on Tuesday, August 25, 2020

    “Sekali pandang, terus jatuh hati,” – Netizen

    Sementara itu, netizen rata-ratanya memuji rekaan logo baharu Kuching City FC yang lebih minimalis dan ringkas. Malah, setanding dengan logo kelab bola sepak di Eropah.

    Elemen yang paling dipuji oleh netizen ialah dari segi ketulenan logo kerana tidak mengguna pakai templat daripada carian Google atau logo sedia ada kerana sehingga kini, logo ini tidak mempunyai persamaan yang sangat ketara dengan logo kelab bola sepak yang lain sama ada di dalam mahu pun luar negara.

    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen
    Setanding Kelab Eropah, Logo Baharu Kuching City FC Dapat Pujian Netizen

    Untuk pengetahuan anda, Kuching City FC ini merupakan kelab yang kini dalam proses peralihan daripada persatuan menjadi sebuah kelab swasta sepenuhnya.

    Kelab ini berada pada kedudukan ke 11 dalam saingan Liga Perdana untuk musim 2020.

    Apa komen anda tentang logo terbaharu Kuching City FC ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

    Kenali juga legenda dan bakat anak kacukan Sarawak dalam arena bola sepak ini :

    Artikel Berkaitan