Sarawak Lancarkan Prototaip Bas Elektrik Pertama
Henz Pacific Sdn Bhd dan syarikat dari China, Zhejiang CRRC Electric Vehicle Co.Ltd semalam melancarkan prototaip bas elektrik pertama mereka yang diberi nama Bas Elektrik Bandar Raya CRRC.
Prototaip tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak,
Tan Sri Datuk Amar James Masing mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Difahamkan juga bahawa sebelum ini kerajaan pusat menawarkan bas diesel kepada kerajaan negeri Sarawak namun perkara tersebut ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak kerana impak bas diesel terhadap persekitaran, menurut laporan dari Borneo Post
Sedikit maklumat mengenai Bas Elektrik Bandar Raya CRRC :
- Bas Elektrik CRRC bakal menggunakan laluan sejauh 14 kilometer sekitar bandar raya Kuching sebagai perintis dengan melibatkan laluan antara bangunan komersial Satok, laluan Jejak Warisan (Heritage Trail) dan bangunan komersial iCom Square di Jalan Pending.
- Berkapasiti 53 orang dan boleh beroperasi sejauh 300km setiap kali dicaj penuh
- Percuma untuk orang tempatan dan pelancong apabila percubaan bas tersebut dilancarkan awal tahun depan.
- Dilengkapi Wifi, GPS, CCTV dan juga mesra OKU.
- Bas akan memulakan perjalanannya di Main Bazaar mulai pukul 7 pagi dan akan berakhir pada pukul 6 petang di Jalan Khoo Hun Yeang (Open Air Market).
Menurut Tan Sri Datuk Amar James Masing, setiap bas eletrik ini dijangka akan berharga di antara RM1.2 ke RM1.4 juta sebuah dan menjangkakan jumlah bas tersebut akan bertambah secara berperingkat kepada 100 buah dan juga membesarkan liputan bas tersebut ke bandar bandar lain di Sarawak.