fbpx
More

    Sarawak Kini Kembali Ke Zon Hijau Setelah Tiada Kes Dicatatkan Dalam Masa 14 Hari

    Alhamdulillah.

    Sarawak Kini Kembali Ke Zon Hijau Setelah Tiada Kes Dicatatkan Dalam Masa 14 Hari. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengumumkan bahawa Sarawak kembali menjadi negeri berstatus hijau setelah tiada kes positif direkodkan dalam tempoh 14 hari berturut-turut.

    Dua daerah yang telah bertukar dari status kuning ke hijau itu ialah Bahagian Kuching dan Serian. Oleh yang demikian, semua daerah di Sarawak adalah berstatus hijau.

    Dalam masa yang sama, tiada kes pulih dan discaj dilaporkan dari hospital di Sarawak pada hari ini manakala 3 individu dilaporkan masih dirawat di wad isolasi hospital.

    Sarawak Kini Kembali Ke Zon Hijau Setelah Tiada Kes Dicatatkan Dalam Masa 14 Hari
    Sarawak Kini Kembali Ke Zon Hijau Setelah Tiada Kes Dicatatkan Dalam Masa 14 Hari

    Namun demikian, jumlah kluster yang masih aktif kekal pada angka 10 kluster.

    Waktu perniagaan di Zon 1 kembali normal bermula 15 Ogos

    JPBNS turut membuat keputusan bahawa tempoh masa operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dan tidak terhad dari jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja.

    Pengembalian waktu operasi ini merangkumi Zon 1 iaitu Kuching, Samarahan dan Serian. Arahan ini berkuatkuasa bermula 15 Ogos 2020.

    Kelmarin, JPBNS memutuskan untuk melanjutkan tempoh ujian saringan wajib di pintu masuk utama Sarawak dan sekatan penerbangan sehingga 31 Ogos 2020.

    Baca selanjutnya di sini :

    Artikel Berkaitan