fbpx
More

    Rumah Terbalik Yang Pertama di Kuching Kini Dibuka!

    Rumah Terbalik Yang Pertama di Kuching Kini Dibuka!

    inverted

    Jika sebelum ini rumah terbalik menjadi satu tarikan menarik di Sabah, Melaka dan Kuala Lumpur, kini anda tidak perlu terbang jauh kerana Rumah Terbalik Kuching kini telah dibuka.

    Rumah ini sangat cool dan sesuai bagi anda yang suka untuk mengambil gambar yang unik.

    IMG

    Konsep ini telah dipelopori di Sabah dan merupakan antara tarikan utama di sana.

    IMG

    Rumah terbalik Kuching terletak bersebelahan dengan TuneHotel, kedudukan yang sangat strategik di tengah bandaraya Kuching. Konsep yang digunakan juga amat menarik dan pelbagai gambar menarik boleh diambil di sini, bermula dari pintu masuk di mana sebuah basikal terbalik diletakkan di depan pintu tersebut.

    Kemudian anda akan dibawa masuk dan anda akan berasa sedikit awkward kerana kesemua benda di dalam rumah terbalik Kuching adalah terbalik!

    IMG

    Bagi anda yang gemar untuk mengambil gambar gambar yang unik, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

    IMG

    Lepak di atas siling rumah pejabat…why not kan?

     

    Sekiranya anda clueless untuk aktiviti yang boleh anda lakukan di Kuching, anda boleh berkunjung ke sini dan having fun mengambil gambar bersama rakan rakan atau keluarga anda.

    Bagi anda yang melancong ke Kuching pula, anda boleh mendapatkan cenderamata selepas anda keluar dari Rumah Terbalik Kuching ini.

    IMG

    Pelbagai cenderamata tempatan disediakan, dan anda boleh membawanya pulang nanti.

    Bayaran masuk pula amat berpatutan dan mereka juga mempunyai promosi pembukaan sekarang  :

    IMG

    Alamat Rumah Terbalik Kuching / Upside Down House Kuching :

    Upside Down House Kuching

    No. 281-1-1, Lot 281, Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman

    93100 Kuching.

    Masa dibuka :

    9.30 Pagi – 6 Petang ( Weekdays )

    9.30 Pagi – 7 Petang ( Weekend + Public Holiday )

     

     

    Artikel Berkaitan