fbpx
More

    Port Durian Di Kuching Yang Anda Mesti Terjah

    Port Durian Di Kuching Yang Anda Mesti Terjah

    Musim durian nampaknya kembali menerjah bumi Kuching dan kita sudah mula lihat durian mula dijual merata rata di sekitar bandaraya perpaduan kita ini.

    Menariknya kali ini, musim durian sangat hebat dan durian boleh didapati dengan harga yang sangat mampu milik dan ada juga pemilik pemilik gerai durian yang menawarkan buffet durian khas untuk pengunjung mereka.

    Dalam artikel kali ini kami kongsikan dengan anda port Port Durian Di Kuching Yang Anda Mesti Terjah sekiranya anda peminat durian.

    1.Berdekatan dengan Bulatan Padungan ( Belakang Ambank )

    Port Durian Di Kuching Yang Anda Mesti Terjah

    Jika anda berada di kawasan Pending, Padungan dan sekitarnya anda boleh menerjah lokasi ini. Kawasan ini sememangnya merupakan port biasa bagi mereka yang mencari durian dan kali ini mereka menawarkan buffet durian dengan harga hanya RM18 seorang.

    2.Emart Matang

    Emart Matang sememangnya port durian yang terkenal dalam kalangan penduduk Kuching yang tinggal di sekitar Petrajaya.

    Seperti biasa, dengan tibanya musim durian maka terdapat lambakan durian yang kini dijual dengan harga yang murah untuk pelanggan.

    3.Tepi Mydin Bandar Baru Semariang

    Jika anda tinggal di sekitar Bandar Baru Semariang pula, anda boleh menerjah tepi Emart Bandar Baru Semariang. Dikhabarkan penjual penjual durian sudah mula menjual durian di kawasan tersebut.

    4.Berdekatan Dengan Public Bank Stutong

    Bagi anda yang tinggal di sekitar stutong pula, anda tidak perlu untuk memandu jauh jauh ke tempat lain kerana terdapat penjual durian yang membuka gerai mereka berdekatan dengan Public Bank Stutong.

    Jika anda sedang berfikir fikir di manakah lokasi untuk anda membeli durian, anda boleh menerjah 4 tempat di atas. Jika anda ada port lain pula, jangan lupa untuk tinggalkan komen di bawah.

    Selamat berdurian hunting kami ucapkan!

    Artikel Berkaitan