fbpx
More

    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB

    Polis akan melancarkan sekatan jalan raya di 8 lokasi di Kuching.

    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB. Sekatan jalanraya akan dilakukan di lapan lokasi di sekitar Daerah Kuching sepanjang tempoh PKPB yang akan berakhir pada 22 November ini.

    Operasi ini akan merangkumi bulatan Emart Jalan Matang, Jalan Temenggong Tan Meng Chong, Lebuhraya Kuching-Samarahan, Jalan Datuk Bandar Mustapha, jalan Matang ke Kampung Paroh, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Stapok dan Jalan Depo Link.

    Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidil Ismail, sekatan jalan ini dilakukan untuk memantau kegiatan perjalanan pengendara kenderaan di daerah Kuching selama tempoh PKPB.

    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB
    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB

    Orang ramai patuh SOP

    Ini juga untuk memastikan agar orang ramai patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

    Selain itu, operasi di seluruh daerah akan melibatkan 192 anggota polis dan angkatan bersenjata, menurut Datuk Ismail.

    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB

    Perlu mendapatkan izin polis

    “Sama seperti halangan jalan yang pernah dilakukan sebelum ini, anda perlu mendapatkan izin polis terdekat sebelum pergi dan keluar di daerah Kuching, kecuali untuk kes kecemasan,” menurut beliau.

    Bagi yang terlibat dalam perkhidmatan penting, majikan mereka harus memberikan surat kepada setiap staff yang mengesahkan bahawa mereka perlu pergi bekerja. Jika tidak, kami amat menyarankan agar hanya bekerja dari rumah sahaja.

    Menurut Datuk Ismail juga, beliau menasihati rakyat agar tinggal di rumah jika anda tidak mempunyai hal yang terdesak di luar.

    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Ammar Douglas Uggah Embas mengumumkan pelaksanaan PKPB

    Pada hari Sabtu lepas, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ammar Douglas Uggah Embas mengumumkan pelaksanaan PKPB untuk Daerah Kuching mulai hari ini sehingga 22 November. Hal ini kerana, terdapat peningkatan jumlah kes COVID-19 yang positif.

    Uggah yang merupakan Ketua Jawatankuasa Bencana Sarawak, mengatakan keputusan berikut dibuat berdasarkan penilaian keadaan termasuk jumlah kes yang tular secara tempatan sejak 14 hari yang lalu.

    Sementara itu, halaman Maklumat Bencana Sarawak di Facebook semalam telah berkongsi SOP untuk PKPB terbaru di Daerah Kuching di mana antara perkara penting adalah larangan perjalanan antara daerah kecuali kes kecemasan seperti kematian dan keperluan mendapatkan rawatan perubatan.

    Polis Lancar Sekatan Jalanraya Di 8 Lokasi Daerah Kuching Sepanjang Tempoh PKPB

    Operasi antara jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari

    Hanya tiga individu dari rumah yang sama dibenarkan memberi barang keperluan makanan, maksimum hanya dua penumpang yang dibenarkan pada setiap kenderaan teksi atau e-hailing, penghantaran makanan hanya dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari, semua operasi runcit, makanan dan minuman, gerai penjaja, kiosk dan kedai serbaneka dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam, Pasar Tani dibuka hanya dari jam 6 pagi hingga tengah hari dengan pengawasan ketat dari People’s Volunteers Corps, pasar malam dibuka hanya dari jam 4 petang hingga 10 malam, stesen minyak beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam, dan juga kedai-kedai farmasi dan ubat-ubatan dibuka hanya dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan