in

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Tomyan sine? Sine mok makan tomyam? Sine tomyam best? Sine tomyam power ?

Bertenang, terdapat banyak restoran yang menyediakan tomyam di Kuching. Dalam artikel ini kami sertakan restoran yang menyajikan tomyam di sekitar Satok, Petrajaya dan juga Santubong. Lain kali kita cerita nak area town up to Samarahan kay?

  1. D Airiz, Satok

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Bagi anda yang tinggal di sekitar Satok, anda boleh berkunjung ke D Airiz Cafe.

D Airiz Satok

Terdapat 3 jenis tomyam yang anda boleh cuba dan harganya juga amat berpatutan. Selain daripada tomyam, mereka juga menyediakan pelbagai pilihan makanan thailand yang anda patut cuba!

Lokasi D Airiz Cafe adalah seperti dibawah :

p/s : mcm biasa, tekan jak map ya inshaAllah sik sesat.

2. Tom Yum Goong

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Tom Yum Goong adalah antara restoran terawal yang menyediakan hidangan tomyam putih. Sekiranya anda ingin mencuba tomyam putih, ini adalah restoran yang anda boleh pergi.

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Tips makan tomyam 101 : Tomyam mestilah pedas. Kalau tak pedas, eloklah jika anda makan sup ayam sahaja. Hehe.

Lokasi Tom Yum Goong adalah seperti peta di bawah :

3. Sukhumvit Restaurant

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Sukhumvit Restaurant juga menyediakan pelbagai jenis tomyam dan makanan thailand, sinonim dengan nama Sukhumvit ( Sukhumvit adalah nama Jalan di Kota Bangkok )

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

4 jenis tomyam disediakan di Restoran Sukhumvit ini. Anda boleh pilih putih, merah, pok taek atau santan! Tomyam mesti pedas kay?

4. Salleh’s Corner Cafe

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Bagi anda yang pernah membaca artikel kami terdahulu : PORT MAKAN SHELLOUT YANG PADU DI KUCHING  , Salleh Corner juga menyediakan tomyam padu untuk anda.

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk mencuba tom yam udang galah. Udang galah yang disediakan gemuk gemuk dan segar belaka!  *sambil kesat air liur*

Lokasi Salleh Corner Cafe adalah seperti peta di bawah :

5. Dum Dum Cafe

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Dum Dum Cafe terletak di Kampung Sungai Lumut ( Berdekatan dengan Kampung Buntal ) .Bagi anda yang tinggal di kawasan sekitar, anda tidak perlu memandu jauh sehingga ke Bandaraya Kuching untuk menikmati Tomyam.

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Harga untuk tomyam di sini amat berpatutan, hanya RM5 untuk semangkuk. Anda boleh lihat menu tomyam mereka seperti di bawah.

Tomyam Di Kuching? Ini 5 Restoran Yang Menyajikan Tomyam Di Kuching

Anda juga boleh memilih tahap kepedasan, tangga lok jauh nei boleh pergi nak?

Lokasi Dum Dum Cafe adalah seperti peta di bawah :

Jika anda mempunyai port lain yang padu, jangan lupa untuk tinggalkan komen di bawah! Selamat menjamu selera.

 

Facebook Comments
3 Aplikasi Yang Dibina Oleh Kerajaan Sarawak Yang Anda Patut Muat Turun

3 Aplikasi Yang Dibina Oleh Kerajaan Sarawak Yang Anda Patut Muat Turun

Bayar Dengan Senyuman Dan Terima Kasih Di Free Market Kuching

Bayar Dengan Senyuman Dan Terima Kasih Di Free Market Kuching