in

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching

Minat membaca buku? Kini warga Kuching boleh kunjungi sebuah kafe yang khas untuk pencinta buku.

Kunjungi Le Parlour Cafe Studio, sebuah kafe yang berkonsepkan perpustakaan dan kini dibuka di lokasi baru berdekatan Pasar Stutong.

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching
Kredit: Wai Fai Food Photographer
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Terdapat pelbagai genre buku bahasa Inggeris di sini termasuklah fiksyen, bukan fiksyen dan buku kanak-kanak.

Kredit: Wai Fai Food Photographer
Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Dekorasi minimalis memberi fokus yang lebih kepada koleksi buku di Le Parlour Cafe Studio. Ternyata, anda boleh menjumpai buku di mana-mana penjuru kafe ini.

Kredit: Wai Fai Food Photographer
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Menu yang disaji di sini ialah makanan barat seperti chicken chop, grilled salmon, grilled lamb shoulder, serta makanan fusion seperti salted egg butter prawn spaghetti dan mushroom creamy spaghetti with chicken soup.

Kredit: Wai Fai Food Photographer

Makanan paling popular di Le Parlour Cafe Studio — Salted Egg Butter Prawn Spaghetti

Manakala minuman “best seller” mereka ialah horlick cheese cake frappe, Finding Dory (Blue Lagoon based soda fizz drink), uji matcha frappe dan matcha strawberry frappe.

Jika anda tidak inginkan main menu, mereka juga menghidangkan kek dan appetizer.

Kredit: Wai Fai Food Photographer
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Pilihlah mana-mana tempat duduk yang paling anda sukai. Duduklah di luar sambil menikmati bayu petang dan angin sepoi-sepoi bahasa…

Kredit: Wai Fai Food Photographer

Atau di dalam berdekatan dengan coffee table dan rak buku…

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Atau di sofa panjang merah yang berdekatan dengan tangga…

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Atau di dalam bilik yang mempunyai meja panjang yang dapat memuatkan geng anda sehingga 12 orang.

Le Parlour Cafe Studio, Kafe Untuk Pencinta Buku Di Kuching
Kredit: Wai Fai Food Photographer

Sambil menikmati makanan Western, fusion atau kek, luangkanlah masa sebanyak mungkin di kafe ini untuk menelaah bahan bacaan yang disediakan (atau mengambil gambar bahan bacaan tersebut dan post di Instagram dengan caption intelektual, we won’t judge!)

Kredit: Wai Fai Food Photographer

Ingin menjamu selera sambil membaca? Kunjungilah Le Parlour Cafe Studio, sesuai untuk mereka yang mencintai buku dan makanan.

Le Parlour Cafe Studio
2, Lorong Kedandi 9A,
Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, 
Kuching
Tel:  016-855 7357
Waktu operasi: Selasa-Ahad, 12pm-11pm (tutup setiap Isnin)
Status: Pork-free
Facebook: Le Parlour Cafe Studio

Leave a Reply

Loading…

Saksikan Harith Iskander Di Pullman Hotel Kuching 18 Mac

Saksikan Harith Iskander Di Pullman Hotel Kuching 14 Mac

Abang Johari Akan Membuat Pengumuman Penting Pada 6 Mac