in

3 Warung Makanan Murah Serendah RM2 Di Kuching

3 Warung Makanan Murah Serendah RM2 Di Kuching

3 Warung Makanan Murah Serendah RM 2 Di  Kuching

Tambahan : Kemaskini 18 Januari 2019.

Gerai Di Borneo744, Bintawa :

3 Warung Makanan Murah Serendah RM2 Di Kuching

Food Court di Borneo744 Bintawa kini dibuka kembali dan bagi anda yang tinggal atau kerja di kawasan berdekatan, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan makanan dengan harga serendah RM3 sahaja.

  1. Warung Hasmida, Jalan Lumba Kuda

Warung Hasmida

Walaupun harga bahan mentah meningkat naik, Warung Hasmida masih mengekalkan harga makanan yang sangat murah untuk pelanggan.

warung hasmida

Dipetik dari akhbar Kosmo :

“Sekitar 20 tahun saya berniaga di sini dan masih bertahan biarpun dengan harga murah.

“Sebenarnya masih ada untung, biasanya keuntungan diperolehi boleh digunakan sebagai modal dan membayar gaji pekerja,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur.

“Pelanggan saya terdiri daripada pelbagai bangsa dan bidang kerja.

“Ada yang kerja kerajaan, mekanik, pelajar sekolah dan cabang pekerjaan lain,” ujarnya.

Apa yang menarik, katanya, pelanggan baharu biasanya terkejut setiap kali membuat bayaran.

“Pernah pelanggan menyuruh saya mengira semula kerana harga terlalu murah,” jelasnya.

Juadah lain turut dijual termasuk mi laksa dengan harga RM2, mi goreng (RM1), mi sup (RM1.50), nasi ayam (RM2) dan nasi ayam kari (RM2).

Lokasi Warung Hasmida :

2. Ja Meals Kuching, Bandar Baru Semariang : 

Ja Meals merupakan gerai terbaru yang menyediakan menu mampu milik di mana kesemua menu mereka berharga RM3-RM4.

Ja Meals

Sekiranya anda mempunyai belanjawan yang ketat untuk makan setiap hari dan tinggal di sekitar Bandar Baru Semariang, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Lokasi Ja Meals adalah seperti di bawah :

3. Sofie Corner, Kampung No 4 Kuching.

sofie corner

Sofie Corner yang terletak di Kampung No 4, Satok merupakan antara lokasi yang terkenal kerana nasi goreng mereka yang berharga RM3 sahaja. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda akan melihat banyak kereta parking di tepi jalan. Ini menandakan bagaimana orang tertarik dengan warung yang menawarkan harga yang mampu milik

sofie corner

Kerana lokasinya yang terletak di tengah tengah Bandaraya Kuching, tidak hairanlah jika Sofie Corner amat terkenal dalam kalangan penduduk Kuching.

RM 5 semestinya sudah cukup untuk anda mendapatkan satu set makanan yang lengkap beserta air.

Lokasi Sofie Corner :

Facebook Comments
IMG

Rumah Terbalik Yang Pertama di Kuching Kini Dibuka!

Lokasi Derma Darah Sepanjang Minggu Ini di Kuching ( 27Mac-2April )

8 Lokasi Untuk Anda Menderma Darah Sepanjang Minggu Ini Di Kuching