in

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Orang kata lebih power dari KFC dan McDonalds

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Bagi penggemar ayam goreng, anda semestinya sentiasa mencari lokasi lokasi baru yang menjual ayam goreng di Kuching. Ayam Goreng KFC dan McDonald pula semestinya sesuatu yang sangat biasa.

Dalam artikel kali ini, kami sertakan 3 ayam goreng krispy tepi jalan yang murah tapi power di Kuching. Jika anda penggemar ayam goreng, anda boleh cuba gerai gerai ini.

1. Ayam Krispy Nazzrey, Bintawa Industrial Estate

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Jika anda tinggal atau bekerja di sekitar Bintawa Industrial Estate, anda sudah pasti tahu lokasi gerai ayam krispy nazzrey ini. Ayam Krispy Nazzrey ini terletak dalam perjalanan anda ke Borneo744 , Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia.

Baca lagi : Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

 

Seketul ayam goreng di sini berharga RM2 sahaja dan anda boleh memilih pelbagai jenis bahagian ayam.

2. Kanoli Fried Chicken

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Jika anda tinggal di sekitar Satok atau Kampung Nombor pula, anda semestinya tahu dengan kehadiran Kanoli Fried Chicken yang terletak di Kampung No 5 ini. Mereka sudah beroperasi selama beberapa tahun dan menyediakan ayam goreng dengan harga RM2 sahaja.

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Kebiasaanya terdapat ramai pelanggan yang berbaris membeli Kanoli Fried Chicken terutamanya ketika masa tengah hari dan juga petang selepas masa bekerja. Anda juga boleh mencuba burger zinger besar mereka yang berharga RM5 yang dijual di gerai sebelah.

3. Malihah Fried Chicken

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Malihah Fried Chicken mempunyai 2 cawangan, iaitu di Taman Malihah dan juga di Emart Batu Kawa. Ayam goreng mereka sememangnya terkenal di sekitar dua lokasi tersebut.

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Jika anda berkunjung ke sini, anda mempunyai 2 pilihan iaitu Spicy & Normal sama seperti ayam goreng yang kebiasaanya terdapat di KFC dan juga McDonald’s.

3 Gerai Ayam Goreng Krispy Tepi Jalan Yang Murah Tapi Power Di Kuching

Jika anda berkunjung ke cawangan mereka yang terletak di Emart Batu Kawa, mereka mempunyai set lengkap dengan nasi yang berharga sekitar RM5 ringgit sahaja.

Anda ada lagi lokasi ayam goreng krispy yang menjadi kegemaran anda? Kongsikan pada kami di ruangan komen di bawah.

Facebook Comments
Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

Akibat Tidak Cukup Perencah, Ibumie Gantikan Mee Percuma Kepada Lelaki Ini

3 Tempat Buffet Malam Tahun Baru Cina Serendah RM88 Sekitar Kuching

3 Tempat Buffet Malam Tahun Baru Cina Serendah RM88 Sekitar Kuching