fbpx
Places To Eat

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching
0 Shares

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Restoran Thaali, sebuah restoran yang menyajikan masakan Northern Indian, kini dibuka di Kuching. Pemilik restoran itu ialah Jasbir Kaur, seorang finalis Top 3 Masterchef Asia 2015.

Jasbir, 57, telah bermula perniagaan katering sejak tahun 2007. Beliau amat meminati memasak sejak kecil lagi.

Berasal dari Singapura, Jasbir berkahwin dan kemudian berpindah ke Sarawak pada tahun 1986.

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Jasbir Kaur. Kredit: Masterchef Asia (Facebook)

Thaali dalam bahasa Hindi ialah hidangan yang meliputi pelbagai jenis makanan India Utara dan dihidangkan di dalam pinggan yang besar. Dalam perkataan lain, thaali adalah seperti set meal.

Antara menu yang dihidangkan di restoran ini ialah set thaali yang berharga RM15-18. Terdapat 4 pilihan untuk anda:

TAJ THAALI: Butter Chicken Option
MUGHAL THAALI: Mutton Curry Option
SAMUNDARI THAALI: Fish Curry Option
SHAKAHARI THAALI: Vegetarian Option

Setiap set terdiri daripada 1 ayam/kambing/ikan, 2 sayur, salad, acar, satu capati, nasi jintan putih dan manisan.

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Kredit: Thaali (Facebook)

Thaali menghidangkan berlainan menu mengikut waktu:

Set sarapan: 10am-11.30am

Set makan tengahari: 12pm+

Set makan malam: 6pm+

Bagi sesiapa yang ingin mencuba manisan India juga boleh mencuba ladoo iaitu satu manisan yang popular dalam kalangan masyarakat India.

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Kredit: Thaali (Facebook)

Ini antara review mereka yang telah menjamu di Thaali:

Review oleh Daphne Siaw: “Perfectly cooked food, rich with spices at reasonable prices.”
.

Review oleh Kenneth Chong Wei Thart:
“Had Lamb and Butter Chicken Thaali. Food was nicely flavoured and tasted very home cooked. Mango Lassi was good and I simply love the Masala Chai. Ended the meal with Kheer Spiced Rice Pudding… yummm!”

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Review oleh Satnam Singh:
“Newly opened North Indian Restaurant in Cityone! Thaali Punjabi Restaurant by Sarawak’s only Masterchef Asia Contestant Jasbir Kaur. Very delicious and unique taste for Kuching food lovers. Price is reasonable and ambience is nice. Give it a try”

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Interior restoran ini cantik dan hiasannya simple dan kemas.

Thaali, Restoran Milik Finalis Masterchef Asia, Kini Dibuka Di Kuching

Kredit: Thaali (Facebook)

Anda juga boleh melihat koleksi gambar dan apron Masterchef Jasbir ketika beliau bertanding di Masterchef Asia 2015.

Kredit: Kenneth Chong Wei Thart (Facebook)

Bagi yang mementingkan kesihatan, jangan risau kerana Jasbir memasak masakan yang sihat, tiada MSG dan kurang minyak dan garam.

Ingin cuba masakan Northern Indian dari seorang Masterchef? Jom ramai-ramai pergi ke Thaali di Cityone.

Thaali
GK09 & 10, Ground Floor, Mall 1,
Cityone Megamall, Kuching
Waktu operasi: Setiap hari, 10am-10pm (Order terakhir: 9pm)
Tel: 082-532653
Facebook: thaali.kch
Status: Pork free/no alcohol
*Thaali sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil halal

0 Shares
Related posts
Places To Eat

4 Buffet Ramadhan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap