Places To Eat

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Bagi anda yang ingin membawa kekasih anda untuk makan malam yang romantik semestinya akan tertanya tanya di mana tempat yang sesuai untuk anda pergi di Kuching. Terutamanya ketika hari lahir kekasih anda, pasti anda akan menghabiskan banyak masa untuk mencari lokasi makan malam yang romantik. Di sini kami sertakan beberapa buah tempat makan malam romantik di Kuching

  1. Raintree Restaurant, BCCK

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

The Raintree Restaurant di BCCK ini mempunyai rating 4.5/5 di TripAdvisor dan merupakan restoran yang mempunyai rating yang paling tinggi di dalam portal tersebut. The Raintree Restaurant menawarkan konsep makanan ‘ Global Cuisine ‘ , kombinasi daripada bahan bahan terpilih, cara memasak klasik daripada Perancis dan dilengkapi dengan ‘ Japanese Food Presentation Skills ‘.

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Bagi anda yang ingin makan malam yang romantik di kawasan yang sedikit terpinggir dari bandar, anda boleh pertimbangkan Raintree Restaurant ini sebagai pilihan anda.

2. Ristorante Beccari, Merdeka Palace

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Ristorante Beccari terletak di dalam Hotel Merdeka Palace dan menyediakan makanan itali seperti pizza, pasta dan sebagainya. Lokasi Ristorante Beccari yang terletak di dalam hotel juga memberi ambience yang sangat romantik untuk pengunjung yang inginkan suasana istimewa bersama orang yang tersayang. Bagi anda yang mencari ‘ thin crust pizza ‘ , anda boleh mendapatkannya di restoran ini.

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Mereka juga menghidangkan buffet bagi anda yang ingin memaksimumkan value for money yang anda belanjakan.

3. Magenta Restaurant @ Square Tower Waterfront

 

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Restoran ini terletak di dalam Square Tower, sebuah kubu tinggalan dari zaman British di Waterfront Kuching. Berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri dan Sungai Sarawak, restoran ini sesuai bagi anda yang inginkan ‘feel’ yang unik ketika makan malam.

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan dan ianya dihidangkan secara ‘fine dining‘ . Bagi anda yang ingin meraikan hari lahir kekasih anda, ini adalah pilihan yang sesuai untuk menggembirakan hati kekasih anda.

4. Sarawak River Cruise

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Menyusuri keindahan waktu senja sambil makan malam bersama orang yang tersayang di atas kapal Sarawak River Cruise ini. Masa perjalanan adalah sekitar 1 jam 30 minit dan anda boleh menempah pakej khas untuk makan malam bersama orang yang tersayang.

Tempat Makan Malam Romantik Di Kuching

Anda juga boleh pilih untuk berada di upper deck ( kawasan terbuka ) atau lower deck ( kawasan berhawa dingin ) mengikut keselesaan anda.

 

 

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami