Places To Eat

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Sebelum ini kami pernah menulis mengenai 9 buah food truck di Kuching : Bandaraya Kuching Kini Semakin Meriah Dengan 9 buah Food Truck . Beberapa bulan telah berlalu dan kini terdapat lebih banyak food truck dari sebelum ini.

Menurut tinjauan kami, kini Kuching mempunyai 12 buah food truck (minimum) dan lokasi mereka juga berbeza beza mengikut masa.

Dalam artikel kali ini pula kami sertakan senarai 12 food truck di Kuching dan cara untuk anda mencari mereka.

1. Kuching Food Kartel

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Kuching Food Kartel kebiasaanya berada di tapak food truck Satok yang terletak di bawah Flyover Satok. Menu yang dihidangkan adalah Burger Homemade ( Roti Hitam ) dan juga pelbagai jenis air dan Ice Blended yang kebiasaanya dihidangkan melalui Food Truck Pink Colour mereka.

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Bagi anda yang ingin mencari lokasi terkini mereka, anda boleh mengikuti update lokasi harian mereka di laman Facebook mereka seperti yang tertera di bawah :

2. Swee Kang Ais Kacang

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Swee Kang sememangnya terkenal dengan menu ais batu campur mereka. Whitelady, ABC Special dan macam macam lagi merupakan menu mereka yang terkenal. Kini mereka mempunyai food truck dan lokasi mereka kebiasaannya juga di tapak food truck Satok.

Jika anda ingin mengetahui lokasi terkini mereka, anda boleh rujuk Facebook mereka seperti di bawah :

3. Popcorn Anas

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Popcorn Anas pula menawarkan menu yang sangat niche dan menarik di mana mereka hanya fokus pada menjual Popcorn.

Menariknya popcorn mereka mempunyai pelbagai jenis perisa seperti gula apong yang terkenal dalam kalangan rakyat Sarawak.

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Untuk lokasi terkini mereka, anda boleh rujuk laman facebook mereka di bawah :


4. Alinas Cuisine

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Alinas Cuisine pula menghidangkan Yong Tau Fu dengan menggunakan food truck. Mereka juga kebiasaannya boleh dilihat di tapak food truck Satok.

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Bagi anda yang ingin mencari Yong Tau Fu pada malam hari, anda boleh mencari foodtruck mereka. Lokasi terkini mereka boleh didapati dari laman facebook mereka di bawah :

p/s : Mereka agak kurang aktif di Facebook, mungkin anda boleh mesej facebook mereka untuk bertanyakan lokasi terkini mereka.

5. The Wok Kuching

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

The Wok merupakan Food Cart yang menghidangkan menu seperti kuey tiaw goreng, nasi goreng dan sebagainya secara bergerak.

Anda boleh dapatkan lokasi terkini mereka melalui laman facebook mereka seperti yang tertera di bawah :

6. Noms On Street

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Sebagai antara pioneer untuk food truck scene di Kuching, Noms on Street kini telah melangkah selangkah ke hadapan dengan membuka restoran.

Bagi anda yang ingin mengetahui lokasi terkini Food Truck mereka pula, anda boleh ikuti mereka di Facebook di atas.

7. The Food Chow

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Bagi kami, kelebihan food truck The Food Chow adalah mereka menyediakan kompia yang berintikan pulled beef yang sangat sedap.

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Dikhabarkan juga kompia mereka dibawa khas dari Sibu(origin place of kompia) untuk dihidangkan secara segar setiap hari untuk pelanggan mereka.

Untuk mendapatkan lokasi dan juga menghubungi mereka, anda boleh follow The Food Chow di laman facebook mereka :

8. Hungry Dino

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Hungry Dino kebiasaannya berada di Jalan Laksamana Cheng Ho (berdekatan dengan Maybank)

Mudah untuk anda dapatkan lokasi mingguan mereka kerana mereka selalunya memuatnaik jadual mereka di Facebook :

Anda juga boleh menyemak menu menu mereka terus di laman facebook tersebut.

9. Lock Ann Food Truck

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Lock Ann juga terkenal dengan ABC mereka, sama seperti Swee Kang. Selain daripada mempunyai 2 cawangan yang berbeza mereka juga mempunyai sebuah food truck yang baru dilancarkan beberapa bulan yang lepas.

Anda boleh berinteraksi terus dengan mereka melalui laman facebook seperti di bawah :

10. D Frentz

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

D Frentz adalah food truck yang menjual keropok lekot berjenama mereka sendiri. Bagi peminat keropok lekor goreng yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keropok lekor di Kuching, anda boleh cari food truck D Frentz dengan mengikuti laman facebook mereka di bawah :

11. Cloud 99 Ice Cream

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Bagi peminat Ice Cream, anda boleh mencari food truck ini. Sebelum ini mereka mempunyai cafe di Jalan Song sebelum mengalihkan perniagaan mereka dengan menggunakan food truck.

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Terdapat pelbagai pilihan aiskrim yang anda boleh dapatkan di sini. Mereka menggunakan liquid nitrogen untuk menghasilkan aiskrim kerana cara tersebut memberikan mereka flexibiliti untuk memberi pelbagai pilihan pada pelanggan mereka. (info)

Ada boleh dapatkan lokasi terkini mereka melalui laman facebook mereka :


12. Sushi Chef On Wheels

Sushi Chef On Wheels, Food Truck Sushi Yang Pertama Di Sarawak

Kami pernah menulis mengenai Sushi Chef On Wheels di sini :

Sushi Chef On Wheels, Food Truck Sushi Yang Pertama Di Sarawak

Kebiasaanya mereka akan berada di sekitar Megabite Cafe, Tabuan Jaya.

Anda boleh dapatkan lokasi terkini mereka melalui laman facebook mereka di bawah :

 

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami