fbpx
Places To Eat

Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching

Bar sukan yang seiras dengan bar sukan seperti di UK!

Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching. Pernahkah anda mendengar istilah bar sukan terutamanya di Sarawak? Berita baik buat pencinta sukan bola sepak sebab Kuching sekarang dah ada bar sukan terbaru untuk lepak sambil tengok bola!

Bar sukan ini diberi nama The Cliff dan dibuka oleh persatuan penyokong kelab Manchester United (Manchester United Supporters Club, MUSC) di Sarawak. Terletak di Jalan Rubber, Satok (sederet dengan After 4 dan Banana Leaf), bar sukan ini menawarkan atmosfera yang membara untuk pencinta sukan bola sepak.

Wuuu! Glory glory.

Sumber foto : FB Emmanuel David
Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff

Segenap ruang ada gambar, jersi Manchester United!

Mana tidaknya, ruang bar sukan ini dipenuhi dengan pelbagai barangan serta hiasan pasukan Manchester United termasuklah mafla berbagai rekaan, jersi yang digantung kemas dalam pameran kaca serta gambar ikon terkenal yang pernah mengharumkan nama Manchester United.

Bagi mereka yang meminati pasukan bola sepak Manchester United, pasti naik gila dibuatnya.

Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff
Sumber foto : FB The Cliff
Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff
Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff
Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff

Bar atau restoran ini juga dikatakan sebagai markas berkumpul rasmi untuk peminat Manchester United di Kuching dan juga di seluruh Sarawak. Malah, ahli kelab rasmi juga boleh menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Manchester United di bar sukan ini pada “Match Day”.

Walaupun bar sukan ini didedikasikan untuk Manchester United, peminat pasukan lain juga dialu-alukan untuk menikmati vibe bar sukan yang dikatakan hampir sama dengan bar sukan seperti di UK.

Menu hidangan dengan nama ikon terkenal Manchester United

Dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi kecuali hari Isnin, The Cliff turut menawarkan menu makanan ringkas seperti french fries, kentang wedges, burger, kerepek kentang, nachos, dan pelbagai lagi.

Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff

Paling unik, menu hidangan ini juga dinamakan dengan terma yang diilhamkan daripada sukan bola sepak serta nama pemain dan jurulatih yang terkenal di Eropah.

Nak makan cabiatta? Burger? Sebut sahaja “Sir Alex Cabiatta” atau “Double Trouble Ronaldo”. Haa gitu.

Bukan itu sahaja, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan buskers sepanjang waktu anda lepak di bar berkenaan.

Satu Kedai Gambar Manchester United, Bar Sukan Ini Jadi Port Tonton Bola Terbaru Di Kuching
Sumber foto : FB The Cliff
Sumber foto : FB The Cliff

Peminat Manchester United? Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke bar sukan ini sambil menikmati menu hidangan mereka. Bukan peminat MU? Pun boleh bah!

Untuk maklumat lanjut, layari laman FB rasmi mereka : The Cliff by MUSC Sarawak

Cari makanan ringan ke tu? Boleh usha juga port piza dan ayam goreng baik di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button