fbpx
More

    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai

    Memenuhi ‘craving’ anda yang pernah merasa kelazatan restoran Sharing.

    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai. Sebut sahaja nama Sharing, pasti semua orang Kuching dan Samarahan mengenali restoran ini kerana menghidangkan makanan Barat yang padu. Apatah lagi, ‘portion’ yang dihidangkan adalah besar sampai boleh kongsi dua orang satu pinggan!

    Kini, restoran tersebut melebarkan sayapnya apabila membuka cawangannya yang pertama di Semenanjung iaitu di Bandar Nilai, Negeri Sembilan.

    Restoran dalam kontena, konsep lebih segar dan hipster

    Restoran ini dibuka secara rasmi di Jalan Nilai 3/10, Kawasan Perindustrian Nilai pada 4 Ogos 2020. Petunjuk arah yang paling mudah untuk ke sini ialah bersebelahan dengan ibu pejabat MK Curtain.

    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai
    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai
    Sumber : Facebook

    Sharing di Nilai ini nampak lebih moden dan hipster dengan mengubah suai kontena menjadi sebuah ruang restoran yang cantik dan segar.

    Satu lagi cawangan baru dibuka di Kuching

    Untuk makluman anda, restoran Sharing ini turut membuka sebuah lagi cawangan baru di Kuching beberapa hari yang lalu. Cawangan baru ini terletak di Brighton Square, Jalan Song (belakang Plaza Song).

    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai
    Sumber : Facebook

    Setakat ini, restoran Sharing telah memiliki 5 cawangan restoran di Kuching dan 1 di Nilai, Negeri Sembilan.

    • Sharing Planet, Stapok
    • Sharing Downtown, Jalan Ban Hock
    • Sharing Tree, Metrocity
    • Sharing Too, TT3 Tabuan Tranquility
    • Sharing, Brighton Square Jalan Song
    • Sharing, Nilai, Negeri Sembilan

    Restoran Sharing ini terkenal dalam kalangan pelajar dan rakyat marhaen di Kuching kerana menawarkan harga makanan Western yang mampu milik dan berpatutan.

    Cadangan menu ‘recommended’ di Sharing

    Bagi anda yang belum pernah merasa kelazatan makanan Western di restoran Sharing, di sini kami cadangkan beberapa hidangan highly recommended di restoran tersebut.

    1. Spagetti Carbonara

    Spagetti carbonara yang dihidangkan di sini agak cair daripada spagetti yang anda selalu temui di kebanyakan restoran Western. Namun, anda patut mencubanya terlebih dahulu kerana rasanya sangat cun dengan portion yang begitu besar.

    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai

    2. Cheesy Chicken Chop

    Cheezy Chicken Chop pula merupakan hidangan ayam yang dipanggang dengan sempurna dan masih mengekalkan jus pada isi ayamnya. Dihias dengan sos keju yang pekat, coleslaw serta French fries, hidangan ini boleh dikatakan sebagai signature dalam kalangan pelanggan setianya.

    Restoran Western Terkenal Di Kuching, Sharing Kini Dibuka Di Nilai
    Sumber foto : dylan_llp

    3. Double Cheezyland

    Hidangan ini pula merupakan hidangan ayam deep fried yang disaluti breadcrumb serta dihiasi dengan sos keju. Sensasi rangup pasti akan anda ingati sampai bila-bila, ditambah pula dengan daging ayam yang empuk di dalamnya. Hidangan ini didatangkan sekali dengan coleslaw dan French fries.

    Sumber foto : adyshahiran_

    Jika anda mempunyai cadangan menu yang mantap dari rangkaian restoran ini, kongsikan juga di ruangan komen, okay?

    Tempat makan lain yang menarik di Kuching :

    Artikel Berkaitan