fbpx
More

    Rahsia Di Sebalik Yellow Burger Yang Dulunya Sering Mendapat Kritikan

    Tak sangka kan Yellow Burger yang memang sedap itu selalu dapat complaint dan kritikan dari customer?

    Rahsia Di Sebalik Yellow Burger Yang Dulunya Sering Mendapat Kritikan. Pelik tapi benar, perkongsian daripada pemilik Yellow Burger Fikri Aslam Saha, di laman Facebooknya menceritakan rahsia kejayaan burgernya yang sememangnya menjadi kegemaran warga Kuching.

    Menurut Fikri, dahulu ketika dia pertama kali berkecimpung di dalam perniagaan menjual burger ini, pada hari pertama sahaja terdapat seorang pelanggan dikenalinya sebagai Mr John yang memberi pelbagai komen dan juga kritikan mengenai burgernya itu.

    Rahsia Di Sebalik Yellow Burger Yang Dulunya Sering Mendapat Kritikan
    Rahsia Di Sebalik Yellow Burger Yang Dulunya Sering Mendapat Kritikan. Mr John. Kredit Gambat: fb Fikri Aslam Saha

    Mengapa jual burger di tepi jalan raya, kan banyak debu

    Mr John berkata “mengapa dia jual burger di tepi jalan raya, kan banyak debu'”dan “daging burger yang dibuati ni terlalu kering dan tidak juicy“. Pada mulanya, Fikri tidak kisah mengenai kritikan daripada Mr John itu.

    Tetapi Fikri sedar apabila kebanyakan pelanggannya tidak datang untuk membeli burgernya buat kali kedua. Kemudian di tekad untuk mengubah resepi burgernya untuk menjadi lebih baik dengan bertanya tukang masak Aslam Cafe dan juga berkat google dan Youtube akhirnya dia berjaya menghasilkan resepi daging burger yang juicy dan mantap.

    Rahsia Di Sebalik Yellow Burger Yang Dulunya Sering Mendapat Kritikan
    Kredit Gambat: fb Fikri Aslam Saha

    Ketika Mr John datang merasa menu baharu itu dia berkata, “wah..your patty nice oledy..but your mayo..too sweet..u put susu kah?”. Mr John berkata bahawa daging burgernya itu sudah cukup sedap tetapi sos mayonaisnya pula terlalu manis.

    Dia mengaku meletakkan susu manis di dalam sos mayonais nya itu kemudiannya terus menukar resepi tersebut. Berkat komen daripada Mr John itu, pelangganya tidak putus-putus datang.

    Meet Mr John..customer kmk waktu hari pertama kmk mukak Yellow Burger ..nang mcm2 komplen..1st day nya komplen mdah knak…

    Posted by Fikri Aslam Saha on Tuesday, February 2, 2021

    Menurut Fikri, setiap kali Mr John datang di stallnya itu mesti ada sahaja komen yang panas darinya. Mr John turut berkata ‘your sauce have to be sour a bit.american style burger’ di mana sos burgernya itu perlu sedikit masam macam sos american style burger.

    Rahsia Di Sebalik Yellow Burger Yang Dulunya Sering Mendapat Kritikan
    Kredit Gambat: fb Fikri Aslam Saha

    Di situlah terciptanya Yellow Special Sos

    Di situlah terciptanya Yellow Special Sos di mana kini Mr John berkata bahawa burger yang dibuatnya itu adalah ‘the best burger ever..very nice..especially your new sauce..’ . Mr John amat berpuas hati dengan burgernya itu sehingga dia memberi komen bahawa ini adalah burger yang paling sedap yang dia pernah rasa.

    Menurut Fikri juga, kritikan-kritikan yang diterimanya itu dia jadikan teguran untuk menjadi lebih baik. Lihatlah di mana dia berada sekarang? Warga Kuching kalau sekali rasa Yellow Burger ini confirm nak lagi.

    Di sebalik kritikan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Jadi, jomlah kita singgah ke Yellow Burger!

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan