Places To Eat

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

“Sine mok makan?”

Itulah soalan yang paling susah di dunia.

Kadang-kadang yang merumitkan lagi proses memilih tempat makan ialah tiada persetujuan dari semua pihak terutamanya apabila berbincang dalam kumpulan yang besar.

Adakah anda terdiri dari golongan ini? Adakah anda sedang tercari-cari kedai makan ‘one-stop’ supaya dapat memuaskan hati setiap orang yang hendak makan bersama?

Kami ada berita baik untuk anda.

Food Parade, sebuah medan selera terbaru di Kuching kini dibuka di Saradise Kuching, iaitu bertentangan dengan Everise BDC.

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Medan selera Food Parade ini menyajikan pelbagai juadah makanan yang bertemakan perpaduan Sarawak seperti makanan Melayu, Cina, Bumiputera dan Orang Puteh termasuklah:

1. Laksa Sarawak (Gerai No. 13, tidak halal)

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

2. Makanan Taiwan (Gerai No. 9, tidak halal)

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

3. Char Kueh (Facing main road, pork-free)

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

4. Chicken/Pork Rice (Gerai No.2, tidak halal)

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Berikut ialah senarai gerai yang beroperasi di Food Parade setakat waktu cetakan:

Nota: Bagi yang beragama Islam, semua gerai berstatus tidak halal kecuali jika dinyatakan.

  • Roti Bakar
  • Chicken/Pork Rice
  • Burgers & Western
  • Sup claypot
  • My Little Kitchen (Finnish food)
  • Penang stir fried
  • Chinese seafood
  • Taiwanese food
  • Beef noodle
  • Dim sum
  • Porridge
  • Laksa
  • Lam Wai Kee (Chinese + western fusion) (No pork served)
  • Pizza
  • Glass Char Seow
  • Nasi Lemak (No pork served)
  • Foochow Delicacies
  • Stir Fried
  • Japanese delicacies
  • Facing main road (front left) – Satay (No pork served)
  • Facing main road (front right) – Char Kueh (No pork served)
  • Facing backroad (right) – Ice Kacang (No pork served)
  • Facing backroad (left) – Fruit Juice

Salah satu makanan yang anda harus cuba ialah Gerai No. 5 – My Little Kitchen yang diusahakan oleh Chef Tommi dari Finland. Untuk pengetahuan, beliau ialah pememang Trip Advisor Excellence Awards untuk tahun 2015 dan 2016.

Lihatlah makanan Scandinavia yang dimasak oleh Chef Tommi.

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Ingin ketahui bagaimana suasana di Food Parade? Tontonilah video ini:

Good morning from FP!

Posted by Food Parade on Saturday, March 17, 2018

 

Mural Perpaduan

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Food Parade juga mempamerkan satu mural yang menggambarkan tiga etnik terbesar di Sarawak iaitu Melayu, Cina dan Bumiputera sebagai simbol perpaduan antara etnik di negeri ini.

Sesungguhnya, tiada perkara yang lebih mampu menyatukan rakyat selain makanan.

Jangan Kata Kami Tak Payung!

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Yang menarik di Food Parade ialah hiasan payung yang seakan-akan terapung sepanjang laluan medan selera ini. Sememangnya laluan ini tempat yang mesti dilawati oleh setiap pencinta Instagram.

Jadi jika anda nak cuba tempat makan yang baru di Kuching, ajaklah kawan dan keluarga ke Food Parade di Saradise Kuching.

Kami berharap entri ini sedikit sebanyak mampu membantu anda menghadapi halangan dan pancaroba dalam memilih tempat makan (untuk sehari dua).

Lokasi Food Parade:

Medan Selera Terbaru, Food Parade Kini Dibuka Di Saradise Kuching

Kredit: Food Parade

Food Parade
Sublots 26 & 27, Block 3, Jalan Stutong,
Block 11, MTLD, Block 3, Saradise Kuching
93350 Kuching

Tel: 016-898 0822

Waktu operasi: 24 jam (namun setiap gerai mempunyai waktu operasi masing-masing)

Facebook: Food Parade

Teringin nak pergi ke tapak makan yang lain? Apa kata kalau korang ke iCom Square seperti yang telah kami liputi di pautan ini : iCom Square a food paradise in Kuching

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami