fbpx
Places To Eat

Lima Cafe Mantap Yang Anda Patut Cuba Di Kuching

Pasti anda masih tercari-cari lagi cafe yang menyajikan makanan yang lazat serta tempat yang cantik untuk selfie.

Lima Cafe Mantap Yang Anda Patut Cuba Di Kuching. Ini adalah senarai cafe-cafe yang menarik dan sedap di Kuching yang anda patut cuba.

1. Violette Cafe (Violette Bakery Cafe, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub)

Kafe yang terletak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya ini sememangnya sesuai untuk mereka yang gemar makanan yang manis seperti kek, cupcake, pavlova dan mereka juga menyajikan makanan seperti spaghetti dan juga fish and chips. Menu lain juga dihidangkan di sini.

2. Serapi Garden Cafe (Serapi Garden Cafe Jalan Satok)

Keunikan Cafe ini boleh dilihat dari segi reka bentuknya sendiri. Sentuhan unik yang bertemakan rumah lama era 70-an dan berkonsepkan retro sememangnya sesuatu yang menarik.

Dengan hidangan mereka yang enak seperti kek, spaghetti carbonara, nasi kerabu akan semestinya membuat anda puas hati. Mereka juga mempunyai banyak pilihan makanan dan anda boleh pilih pelbagai menu yang mereka sedia ada.

3. Kosa Coffee (14883-14884-11, Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya)

Cafe Kosa Coffee yang terletak di Saradise ini menawarkan minuman dan juga makanan yang enak dengan suasana yang tenang.

Antara menu mereka yang anda kena cuba adalah pastri mereka yang pelbagai serta coffee berkualiti tinggi mereka yang amat sesuai bagi penggemar coffee di luar sana. Menu lain juga dihidangkan di sini.

4. Blendsmiths (Ground Floor, Lot 20, Block A1, Saradise Kuching, Jalan Stutong)

Cafe yang popular ini patut anda letak di dalam list anda. Mereka menghidangkan pelbagai aneka coffee berkualiti tinggi, minuman yang enak serta pastri.

Suasana di dalam Blendsmith cafe ini juga cantik dan amatlah sesuai untuk ambil gambar. Menu lain juga dihidangkan di sini.

5. Coffee Factory (No. 1573, JT Building Jalan Perissen Batu 7 1/2)

Coffee Factory bukan sekadar menghidang coffee sahaja, mereka juga menghidangkan makanan yang lazat, pastri yang menarik dan semestinya coffee yang berkualiti tinggi.

Antara menu yang mereka sediakan ialah, Spaghetti tomato, homeade burger dan coconut mocha frappe. Terdapat banyak menu lain juga dihidangkan di sini.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button