fbpx
Places To Eat

Kedai Ayam Goreng Shihlin Tutup Semua Cawangan Di Kuching, Ini Alternatif Yang Anda Boleh Cuba

Sedih lah semua cawangan tutup

Kedai Ayam Goreng Shihlin Tutup Semua Cawangan Di Kuching, Ini Alternatif Yang Anda Boleh Cuba. Jika anda penggemar ayam goreng XXL, semestinya anda familiar dengan Shihlin Taiwan Street Snacks! Dengan ayam goreng XXL yang ranggup, mi oyster sedap dan kentang goreng mantap, Shihlin telah menawarkan makanan ringan sedap kepada pelanggan selama beberapa tahun di mana cawangannya boleh didapati di CityOne, BDC, dan sebagainya.

Kedai Ayam Goreng Shihlin Tutup Semua Cawangan Di Kuching, Ini Alternatif Yang Anda Boleh Cuba

Namun, terbaharu ini warga Kuching menyedari setiap kedai Shihlin telah tutup dan penyataan rasmi dari laman Facebook rasmi Shihlin mengesahkan bahawa semua cawangan di Kuching sudah pun tutup secara kekal.

Shihlin mengesahkan penutupan semua cawangan di Kuching menerusi Facebook rasmi mereka. Kredit: Facebook

Jangan sedih, ya rakan-rakan! Walaupun Shihlin sudah tutup semua cawangan mereka, berikut adalah alternatif anda boleh cuba untuk puaskan ngidam ayam goreng XXL.

Peach Garden, Jalan Song

Peach Garden ialah sebuah kopitiam terletak di Jalan Song, Kuching. Salah satu gerai di sini menawarkan ayam goreng XXL.

Buka setiap hari, dari siang ke malam.

Selain ayam goreng XXL, terdapat juga makanan lain seperti nasi ayam, kueh tiaw dan sebagainya. Kredit: Teaspoon

Chickilicious, Galacity

Galacity terletak di Jalan Datuk Tawi Sli (otw ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Simpang Tiga).

Chickilicious menawarkan pelbagai jenis makanan seperti cendawan goreng, keledek goreng, ayam popcorn dan ayam goreng XXL!

Buka setiap hari, dari pukul 11am – 12am.

Ayam goreng XXL @ Chickilicious Kredit: Facebook

Magic Bites

Biasanya dikenali sebagai gerai wafel, Magic Bites mempunyai banyak cawangan di seluruh Kuching. Selain wafel, mereka juga menawarkan makanan lain dalam menu seperti kentang goreng, ayam popcorn dan juga ayam goreng XXL!

Magic Bites di cawangan The Spring, Kuching. Kredit: VYMaps
Kredit: Facebook

Ya, memang tak dinafikan setiap ayam goreng XXL takkan rasa sama seperti ayam goreng XXL Shihlin.

Jika anda sudah kunjungi kedai-kedai disenaraikan dan masih rasa tak puas hati, pilihan terakhir anda adalah… polah sendiri jak.

Video di bawah menunjukan cara membuat ayam goreng XXL. The best part is anda boleh ikut cita rasa sendiri!

Adakah anda tahu mana lagi port ayam goreng XXL sedap? Komen dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button